Sarawak lulus pelaburan langsung asing RM31.8 bilion industri berteknologi tinggi

KUCHING – Kerajaan Sarawak meluluskan pelaburan langsung asing berjumlah RM31.8 bilion untuk industri berteknologi tinggi.

Difahamkan industri berteknologi tinggi seperti elektrik dan elektronik, kimia dan logam hijau bagi tempoh 2019 hingga 2023.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, sebanyak 10 projek pelaburan tersebut dilaksanakan.

“Sarawak turut bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan Sarawak sebagai hab aeroangkasa dan semikonduktor,” kata beliau menjawab pertanyaan  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor pada hari kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Selasa.

Sementara itu, beliau berkata industri berteknologi tinggi yang dilaksanakan berjumlah RM9.3 bilion bagi lima projek dalam elektrik dan elektronik, tiga projek dalam kimia dan dua projek dalam logam hijau.

Jelas beliau lagi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) membangunkan Polisi Pelaburan Sarawak bertujuan membentuk strategi dan pelan tindakan untuk meningkatkan daya tarikan Sarawak sebagai destinasi pelaburan pilihan.

“Sarawak menggalakkan kerjasama strategik dengan institusi teknikal, pusat penyelidikan dan pengajian tinggi serta industri khusus seperti semikonduktor dan aeroangkasa bagi memacu inovasi dan pembangunan teknologi,” kata beliau lagi.

Related Posts

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen padu dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sokongan berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Mohd Sharim Md Zain mencadangkan beberapa inisiatif bagi mengembalikan tarikan Tasik Chini sebagai destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi di Pahang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam