Kerajaan Selangor buka PPS untuk mangsa kebakaran paip gas berlindung

KERAJAAN Selangor telah membuka Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menyediakan tempat perlindungan sementara kepada mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas bocor di Putra Heights pagi tadi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Unit Pengurusan Bencana Negeri telah pun membuka satu PPS di Putra Height dan bekerjasama dengan Jabatan Penyelamat dan Bomba (JPBM) untuk menerima mangsa evakuasi.

“Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor turut bersedia menerima mangsa untuk dirawat di hospital berdekatan.

“Proses cari dan menyelamat mangsa sedang berlangsung, dan sehingga jam 11 pagi, usaha evakuasi oleh JBPM telah mengeluarkan 7 orang mangsa, termasuk 2 warga emas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelaskan mengenainya, Amirudin berkata, seramai 78 anggota JPBM sedang berusaha memadamkan api kebakaran sejak jam 8:10 pagi yang kini masih belum berjaya dipadamkan.

“Pagi ini, JPBM telah menerima panggilan kecemasan akibat kebakaran yang terjadi berhampiran stesen minyak Petronas Putra Heights, Subang Jaya.

*Pihak Petronas telah menutup injap saluran gas yang bocor dan telah menyebabkan kebakaran pagi tadi.

“Namun begitu, keadaan api masih marak disebabkan sisa gas yang masih di dalam saluran gas tersebut, dan ini telah menyebabkan api marak menjulang tinggi di kawasan Jalan Putra Harmoni, Putra Heights,” katanya.

Pada masa sama, Amirudin menasihati orang ramai agar menjauhi lokasi kebakaran.

“Sementara usaha-usaha ini masih berterusan, saya menasihatkan orang awam untuk tidak mendekati kawasan tersebut sehingga situasi kebakaran dapat dikawal dan disahkan selamat oleh JBPM.

“Keutamaan kini adalah untuk mengawal kebakaran serta menyelamatkan mangsa. Saya mendoakan Allah SWT melindungi seluruh anggota keselamatan dan agensi kerajaan yang sedang bertugas dalam situasi yang mencabar ini,” katanya.

Related Posts

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus
  • YnomYnom
  • January 22, 2026

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Pelarasan gaji penjawat awam di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 sebanyak tujuh yang menyaksikan peningkatan sebanyak tujuh peratus mencerminkan keprihatinan berterusan Kerajaan MADANI…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

TONGOD – Semua pihak diseru agar mengetepikan politik perbalahan dan bergerak secara adil dan bersama-sama demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, kata Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

  • By Ithma
  • January 22, 2026
SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar

  • By Fatin
  • January 22, 2026
PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar