Astro Audio rehatkan tiga penyampai ERA FM

KUALA LUMPUR – Astro Radio menggantung tugas tiga penyampai radio dan dua kakitangan stesen radio terbabit susulan kontroversi yang didakwa mempersenda upacara agama Hindu.

Astro Radio menerusi satu kenyataan memaklumkan, penggantungan tugas tiga penyampai ERA FM, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin sehingga siasatan terperinci selesai.

“Pihak Astro Audio sekali lagi melahirkan kekesalan di atas insiden yang telah menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak melibatkan tiga penyampai radio ERA.

“Pihak kami akan terus mengadakan siasatan dalaman terperinci dan lanjutan itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengurusan tertinggi kami telah mengadakan perjumpaan bersama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) awal hari ini.

“Selaras dengan siasatan ini, kami memutuskan untuk menggantung tiga penyampai dan dua lagi kakitangan sebagai tambahan.

“Kami amat menghargai maklum balas, teguran dan nasihat dari pelbagai pihak dan akan sentiasa memastikan kandungan disiarkan mematuhi kesemua garis panduan dan keperluan ditetapkan,” katanya.

Sebelum ini, Astro Audio melahirkan kekesalan atas satu insiden rakaman video melibatkan penyampai, Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang telah dikongsi di platform media sosial ERA.

“Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf kerana telah menyakiti hati dan mengecewakan hati pihak terlibat. Para penyampai yang terlibat telah mengakui kesilapan mereka dan telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka.

“Sebagai sebuah syarikat penyiaran bertanggungjawab, kami memandang serius perkara ini dan selepas pertimbangan yang teliti, kami memutuskan untuk merehatkan ketiga-tiga individu tersebut dari ke udara sehingga diberitahu kelak, sementara kami menjalankan siasatan dalaman ke atas insiden ini,” ujarnya.

Jelasnya, Astro Audio komited terhadap kepercayaan para pendengar serta memastikan persekitaran media dihormati dan menyeluruh.

“Kami sedang mengambil langkah memperkukuh proses semakan kandungan bagi memastikan program dihasilkan mencerminkan nilai dan jangkaan audiens kami.

“Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi memastikan pematuhan penuh terhadap kesemua garis panduan dan keperluan yang ditetapkan.

“Kami amat menghargai maklum balas dari para pendengar dan pemegang taruh serta akan terus mendengar, belajar, dan memperbaiki diri,” tambahnya.

Terdahulu, tular di media sosial, kakitangan sebuah stesen radio milik Astro yang dilihat mempersenda upacara agama lain dan dimuat naik di platform media sosial stesen radio tersebut.

Related Posts

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

PUTRAJAYA – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mengecam tindakan pihak yang cuba membentuk persepsi seolah-olah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak secara salah dalam siasatan melibatkan saksi kes rasuah, Albert Tei…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

KUANTAN – Penjawat awam Pahang akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji melibatkan peruntukan keseluruhan RM48 juta yang akan dikreditkan dua kali pada tahun hadapan. Berita baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah