BN terus perhebat kempen minggu kedua

NIBONG TEBAL – Dalam tempoh yang semakin hampir dengan hari pengundian PRK Sungai Bakap, jentera Barisan Nasional (BN) terus memperhebatkan kempen di kawasan-kawasan tumpuan.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, ia juga termasuk kawasan-kawasan yang diberikan tanggungjawab kepada parti gabungan Kerajaan Perpaduan.

“Kita telah menggerakkan jentera kita sejak daripada awal lagi dan masuk minggu kedua dia menjadi lebih aktif dan tersusun.

“Ia bagi memastikan kawasan-kawasan yang perlu diberi perhatian dan kawasan-kawasan yang diberi tanggungjawab kepada Barisan Nasional dilaksanakan dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Ceramah Perpaduan di Sungai Bakap, di sini, malam tadi.

Turut hadir Timbalan Presiden Amanah, Senator Dr Mujahid Yusof Rawa; Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi itu menegaskan dalam ceramahnya bahawa calon PH, Cikgu Dr Joohari Ariffin adalah seorang yang memiliki dedikasi.

“Diri seorang cikgu, jiwa seorang cikgu dia lain, bila dia turun ke bawah dia akan mendengar.

“Jiwa seorang cikgu ini jiwa mendidik, jiwa mendidik ini salah satunya adalah dia mendengar dan mengajar dengan penuh tekun dan sabar,” katanya sambil menyeru sokongan penuh diberikan kepada Cikgu Joohari oleh pengundi PRK Sungai Bakap.

Cikgu Joohari menentang calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail pada PRK berkenaan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 6 Julai ini sebagai hari memilih bagi pengundi PRK Sungai Bakap.

Related Posts

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengecam tindakan unilateral yang diambil oleh sesetengah negara, kerana ia merupakan penyalahgunaan kuasa yang angkuh dan tidak mengambil kira kepentingan negara-negara kecil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKM tegas terhadap taska tidak berdaftar, lindungi hak kanak-kanak

KOTA KINABALU – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meneruskan usaha dalam memperkasa lebih banyak taska yang berdaftar bagi melindungi hak kanak-kanak di Malaysia khususnya di Sabah. Menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment

Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment