Benarkah Jailani sertai PAS sebelum Akta Lompat Parti?

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan status penyertaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis ke dalam PAS.

Puad dalam kenyataan di Facebook miliknya mempersoal Jailani sama ada beliau menyertai PAS lebih awal sebelum Akta Antilompat Parti lulus di DUN Melaka. 

“Cara PAS umum keahliannya seperti sambut anak menantu. Umum di Parlimen. Mustahil kalau sudah lama sertai PAS tidak diumum seperti di Parlimen. 

“PAS takut kerusi Rembia akan diisytihar kosong. Sebab itu backdated? 

“Maka PN tidak perlu bising dan pakai lilit putih di lengan memprotes enam kerusi Parlimen tidak diisytiharkan kosong,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. 

Mohd Puad berkata, Muhamad Jailani berasal dari UMNO namun pada pilihan raya 2018 beliau menang atas tiket PKR. 

Beliau berkata, Muhamad Jailani kemudian menyokong PN pada Mac 2020 dan pada tahun 2021 menyertai UMNO. 

“PRN 2022 bertanding atas tiket UMNO. Kemudian buat hal kerana tidak dilantik semula sebagai Exco. 

“Maka tindakan UMNO menggantung keahlian Jailani tepat. PAS ambillah dia. Cukup dengan takbir tiga kali dia akan dinobat sebagai pemimpin Isley (Islam),” katanya.

Related Posts

Kemunculan pertama Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi PN kurang meyakinkan – Pemerhati politik

KEMUNCULAN pertama Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dalam sidang media baru-baru ini disifatkan sebagai kurang meyakinkan. Pemerhati politik, Ahmad Mursi, menerusi kenyataan di Facebook…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KJ serah surat rayuan kembali bersama UMNO

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini dipecat daripada parti secara rasmi telah menyerahkan surat rayuan untuk kembali bersama UMNO, pada Ahad. Surat permohonan tersebut diserahkan sendiri oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan