PRK Nenggiri medan adu kekuatan PH, PN

KOTA BHARU – Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri dijangka menjadi medan pertarungan sekaligus bakal menyaksikan kekuatan sebenar antara parti gabungan terlibat samada Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang memenangi kerusi itu pada 17 Ogos nanti

DUN Nenggiri mewakili salah satu kerusi dari negeri yang digelar sebagai kubu kuat Pas itu semestinya bukanlah medan pertarungan terbaik kepada PH, begitu juga tidak mudah untuk PN kekalkan kerusi berkenaan.

Semestinya senario ini mempunyai cabaran memandangkan kedua-dua parti gabungan itu masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.

Menurut Penganalisis Politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub, PN mungkin dilihat mampu untuk mempertahankan kerusi DUN Nenggiri sekira mereka tampilkan calon untuk bertanding itu adalah daripada parti Pas.

Situasi itu boleh dilihat sejenak pada PRK Kuala Kubu Bhahru dan Sungai Bakap yang mana masing-masing terdapat perbezaan gelombang kesungguhan terutama melibatkan jentera Pas itu sendiri apabila calon yang dipertandingan itu bukan dari Pas.

“Saya lihat adalah mudah kepada PN untuk kekalkan kerusi tersebut. Tetapi dengan syarat, mesti calon daripada Pas, jika daripada Bersatu gelombang kesungguhan bantuan daripada jentera Pas tidaklah bersemangat.

“Ambil contoh di PRK Kuala Kubu Bharu dan Sungai Bakap, berbeza kesungguhan masing masing,” katanya kepada The Malaysia Press.

Bagaimanapun, PRK Nenggiri juga dilihat peluang terbuka untuk UMNO merampas Kembali kerusi DUN itu setelah melihat kembali pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu PN hanya menang tipis menewaskan pihak lawan dengan majoriti 810 undi.

Begitu pun, pertarungan PH itu tidak mudah dan memerlukan kerjasama dan kerja keras yang lebih kukuh tambah pula pelbagai isu pada masa ini yang boleh digunakan pembangkang

Justeru, parti gabungan PH dan UMNO khususnya perlu tonjolkan kerjasama yang jitu selain perlu sama-sama mempersiapkan penyelarasan dalam semua aspek yang dimainkan pihak pembangkang.

Langkah itu, sebagai persediaan untuk menghadapi pertempuran yang dianggap sebagai medan uji prestasi agar dapat memonopoli kembali sokongan pengundi terhadap UMNO.

Selain itu, PRK Nenggiri ini juga sebagai signifikan untuk melihat trend sokongan pengundi muda, di samping menguji reputasi PN khususnya Bersatu.

Justeru, PRN Nenggiri merupakan medan besar kepada Barisan Nasional (BN) untuk menebus kekalahan di kawasan itu kepada PN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.

Susulan itu, Pengarah PRK DUN Nenggiri mewakili Kerajaan Perpaduan yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, PRK DUN Nenggiri merupakan misi untuk menebus kekalahan terutamanya di peringkat Parlimen Gua Musang, dua DUN iaitu Nenggiri dan Paloh.

PN bagaimanapun masih tidak mengumumkan calon yang akan diepertandingkan itu nanti adakah mewakili dari parti Bersatu atau Pas. Situasi sebegitu juga mungkin digunakan mereka sebagai salah satu strategik untuk menghadapi pilihanraya.

Sekiranya, PN memilih calon dari Bersatu mereka tetap menggunakan logo Pas kerana mereka berpandangan berdasarkan sentimen rakyat PN yakin Bersatu dapat mempertahankan kerusi Nenggiri meskipun bertanding menggunakan logo Pas.

Pun begitu, tindakan Bersatu menggunakan logo Pas pada PRK DUN Nenggiri turut dilihat seolah tidak mempunyai keyakinan terhadap partinya sendiri selain tidak yakin akan peluangnya memenangi kerusi itu.

Malah, ada juga yang berpandangan UMNO mempunyai kelebihan jika PN meletakkan calon daripada Bersatu berbanding Pas.

PRK DUN Nenggiri penting bagi UMNO untuk memenangi dan dapat melihat kembali kebangkitan tahap kepercayaan dan pemulihan keyakinan rakyat kepada parti yang pernah sekian lama mengetuai pentadbiran negara itu.

Melalui kejayaan pada PRK 17 Ogos nanti bakal menyaksikan keberkesanan kepimpinan dan strategi yang akan digunakan oleh UMNO dalam menarik sokongan pengundi sekaligus boleh menjadi ukuran untuk menghadapi PRU16.

Bagaimanapun, segalanya akan dapat kita semua ketahui pihak lawan mana yang dapat memenangi kerusi DUN Nenggiri.

Related Posts

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap seorang pengguna media sosial iaitu Muhamad Zubair Ismail atau dikenali sebagai ‘Tam Jebat’.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

PUTRAJAYA – Konflik geopolitik yang berlaku di rantau Teluk ketika ini tidak menjejaskan operasi penerbangan domestik di negara ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini tiada penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan