Kosongkan kerusi jika ADUN Rembia lompat parti – PAS

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka boleh mengisytiharkan kekosongan kerusi jika penyertaan ADUN Rembia ke dalam PAS melanggar undang-undang lompat parti.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, semua pihak tidak perlu melatah berhubung penyertaan Datuk Muhamad Jailani Khamis ke dalam PAS.

“Kalau tiada pengisytiharan kekosongan, bererti benarlah bahawa ia tidak melanggar undang-undang yang diluluskan kemudian,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Semalam PAS mengumumkan Muhamad Jailani yang sebelum ini digantung keahlian dalam UMNO sah menyertai PAS.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dengan kemasukan Muhamad Jailani ke parti itu berkuat kuasa Jun tahun lalu.

Takiyuddin berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima permohonan Muhamad Jailani pada 10 Jun 2023.

Menurut Takiyuddin, Muhamad Jailani menyertai PAS sebelum undang-undang antilompat parti diluluskan DUN Melaka pada 31 Julai 2023.

Dengan perkembangan itu, komposisi DUN Melaka kini dianggotai tiga wakil pembangkang, meningkat seorang berbanding selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2021. 

Related Posts

Desak Muhyiddin berundur, Ronald sila ‘cermin diri’

PUTRAJAYA – Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee bukan sosok pemimpin yang layak mendesak Presiden Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur daripada memegang jawatan. Ketua Penerangan Armada Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Muhyiddin sudah hilang aura dan kredibiliti pimpin Bersatu

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa berundur secara terhormat kerana peranannya dilihat tidak lagi sesuai untuk membawa parti dan Perikatan Nasional (PN) ke hadapan. Ketua Bahagian Bersatu Kepala Batas,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang