Belia Sabah diseru pilih TVET sebagai laluan masa depan

KOTA KINABALU – Golongan belia Sabah diseru agar melihat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pilihan utama untuk membina masa depan yang cerah dan stabil, bukan sekadar laluan altenatif.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bidang TVET kini memainkan peranan besar dalam pembangunan ekonomi dan sosial negeri, sejajar dengan transformasi teknologi serta keperluan industri masa kini.

“Saya menyeru belia negeri ini agar tidak ragu-ragu untuk menyertai bidang TVET.

“Inilah masa untuk mengubah persepsi dan memandang TVET sebagai pilihan bijak yang membuka ruang untuk menjadi profesional, usahawan dan inovator.

“TVET bukan sahaja melengkapkan individu dengan kemahiran praktikal, tetapi juga sinonim dengan pemerkasaan, peluang pekerjaan, dan pertumbuhan ekonomi,” katanya pada Majlis Pelancaran Majlis TVET Sabah (MTS) di Ballrom The Magellan Sutera Resort, Sutera Harbour pada Isnin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Ill merangkap Menteri Kerja Raya Negeri, Datuk Ir. Shahelmey Yahya.

Jelasnya, kursus-kursus TVET yang ditawarkan kini telah disesuaikan dengan keperluan pasaran kerja dan sektor perindustrian yang berkembang pesat, menjadikannya satu jalan kerjaya yang stabil dan berdaya maju untuk anak muda.

“Majlis TVET Sabah yang dilancarkan hari ini merupakan komitmen Kerajaan Negeri untuk memperkukuh ekosistem latihan teknikal.

“Menyelaras lebih 160 institusi TVET di seluruh negeri dan memastikan setiap graduan yang dihasilkan benar-benar bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan,” ujar beliau.

Tambahnya, TVET adalah platform terbaik untuk membangunkan modal insan berkemahiran tinggi yang memacu kemajuan negeri.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16