Isu suratan hak milik peneroka FELDA Pahang selesai

KUANTAN – Semua peneroka FELDA di Pahang akan menerima suratan hak milik mereka selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Ketika ini, masih terdapat empat peratus peneroka mengusahakan tanah rancangan FELDA belum menerima suratan hak milik mereka.

Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, kelewatan itu berpunca masalah teknikal.

“Kita ada tiga wilayah FELDA di Pahang… Wilayah Jengka, Kuantan dan Mempaga.

“Paling banyak masalah teknikal di kawasan Wilayah Kuantan, antaranya membabitkan isu warisan dan kematian peneroka asal.

“Tapi kerajaan Pahang akan cuba selesaikan menjelang hujung tahun ini juga suratan hak milik ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Suratan Hak Milik FELDA di Dewan Semai Bakti FELDA Triang 3, dekat Bera, hari ini.

Majlis dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan turut dihadiri Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Pada majlis itu, seramai 195 peneroka menerima suratan hak milik masing-masing, selepas kira-kira 40 tahun menanti.

Mengulas lanjut mengenai usaha kerajaan Pahang itu, Amizar memberitahu ia adalah langkah proaktif kerajaan negeri dalam memudahkan urusan warga peneroka FELDA di Pahang.

“Kita cuba selesaikan dan permudahkan urusan ini dan melalui hubungan baik dengan (kerajaan) Persekutuan, sudah tentu sasaran (menyelesaikan) penyerahan suratan hak milik dapat dicapai,” katanya.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM