Belanjawan 2026: RM2.62 bilion subsidi dan insentif untuk pesawah

KERAJAAN terus komited membela nasib golongan pesawah apabila memperuntukkan sebanyak RM2.62 bilion bagi subsidi dan pelbagai bentuk bantuan pertanian dalam Belanjawan 2026, menjadikannya jumlah subsidi pertanian tertinggi dalam sejarah negara.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan besar ini meliputi subsidi harga padi, subsidi tanaman padi, subsidi baja, subsidi benih, serta insentif pengeluaran padi, yang akan disalurkan secara berperingkat sepanjang tahun hadapan.

Bermula tahun ini, kerajaan telah menaikkan kadar insentif pembajakan kepada RM160 sehektar semusim dan insentif racun kepada RM300 sehektar semusim sebagai sebahagian usaha mengurangkan kos pengeluaran pesawah.

Beliau turut mengumumkan pengenalan satu lagi inisiatif baharu, iaitu Insentif Penuaian Padi sebanyak RM50 sehektar semusim bagi membantu menampung kos penggunaan diesel untuk jentuai.

“Dianggarkan setiap pesawah menerima bantuan kira-kira RM4,300 sehektar berbanding RM3,790 sehektar bagi setiap musim,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2026 hari ini.

Langkah menyeluruh ini jelas mencerminkan iltizam kerajaan dalam memperkukuh sekuriti makanan negara serta menjamin kebajikan petani, khususnya pesawah yang menjadi tulang belakang kepada industri padi dan beras negara.

  • Related Posts

    Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

    GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

    KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

    Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

    UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

    UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

    Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

    Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

    Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

    Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

    Iran tarik diri pameran DSA 2026

    Iran tarik diri pameran DSA 2026

    Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

    Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak