Industri kopi Tenom berpotensi besar ke pasaran global

TENOM – Industri kopi Tenom sangat berpotensi untuk dipasarkan ke peringkat global kata Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Phoong berkata, pihaknya akan membantu para pengeluar kopi tempatan untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran bagi membolehkan kopi Tenom dieksport ke pasaran global.

“Tenom adalah tempat yang terkenal dengan kopinya, dan saya yakin industri kopi Sabah mempunyai potensi yang sangat besar.

“Matlamat kami adalah untuk menyokong pengeluar dalam meningkatkan kecekapan pengeluaran, menaik taraf peralatan dan membuka ruang untuk kopi Tenom dieksport ke pasaran global,” katanya menerusi kenyataan media di sini pada Selasa.

Katanya usaha ini bukan sahaja akan mengukuhkan ekonomi Sabah tetapi juga mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Beliau berkata pada baru-baru ini, pihaknya telah membuat lawatan di premis pengeluaran kopi tempatan di Tenom iaitu Yit Foh Coffee Factory Sdn Bhd, Fatt Choi Sdn Bhd, dan Tong Fah Coffee Tenom.

Ia bagi menyokong industri tempatan dan menggalakkan pertumbuhan industri di seluruh Sabah.

Menerusi lawatan itu Phong telah menyatakan hasrat Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah yang komited untuk membantu pengeluar tempatan dalam mengembangkan lagi perusahaan mereka hingga ke peringkat global.

“Kementerian saya sentiasa bersedia untuk menyokong Yit Foh Coffee, daripada menaik taraf peralatan kepada menambah baik reka bentuk pembungkusan, memastikan mereka bersedia untuk peluang pasaran baharu.

“Geran mesin di bawah program SME-UP telah pun membuahkan hasil yang positif untuk Fatt Choi dan kami akan memberi tumpuan kepada mempromosikan lebih banyak penanaman kopi.

“Kementerian akan menyokong sepenuhnya pertumbuhan Kopi Tong Fah dan usaha untuk memodenkan bagi membolehkan lebih ramai orang merasai pesona keunikan kopi Tenom,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Phoong turut menyatakan komitmennya untuk bekerjasama rapat dengan Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) Sabah, persatuan kopi tempatan dan pihak berkepentingan lain untuk membangunkan pelan strategik bagi menggalakkan petani tempatan dalam mengusahakan penanaman kopi.

Related Posts

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy