Belanjawan 2025: Rakyat gembira kerajaan beri perhatian kebajikan, pendidikan anak autistik

KOTA KINABALU – Rakyat luah rasa gembira apabila kerajaan menerusi Belanjawan 2025 memberi perhatian kepada kebajikan dan pendidikan anak autistik dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM23 juta selaras dengan keperluan semasa golongan itu.

Peruntukan itu meliputi bantuan yuran pembelajaran dan pembangunan pusat khidmat autisme.

Guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bingkor Keningau, Dr Velerie Wheelervon Primus berkongsi rasa gembira atas pengumuman tersebut kerana ini selari dengan perjuangan dan advokasinya sebagai guru Pendidikan Khas.

“Saya berpegang kepada satu advokasi iaitu Memartabatkan Hak dan Akses Pendidikan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas.

“Melalui advokasi ini saya telah membangunkan sebuah bilik multisensori dan memperkenalkan pendidikan ‘Miracles’.

“Impak daripada pendidikan ‘Miracles’ ini, seramai 10 murid autisme saya menunjukkan peningkatan yang baik dalam Asas 3M,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Jelasnya pendekatan ‘Miracles’ ini menggunakan tiga ruang utama dalam bilik multisensori dan setiap ruang itu dibahagikan kepada bilik aktiviti pengajaran dan pembelajaran; bilik terapi bermain dan bilik ‘snoozelen’ yang digunakan fokus untuk murid tantrum yang belum bersedia untuk belajar.

Usaha dan pendekatan itu membuahkan hasil apabila beliau berjaya dinobatkan sebagai pemenang anugerah berprestij iaitu Malaysia Teacher Prize (MTP) 2024 pada baru-baru ini yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Fadzlina Sidek.

Katanya lagi, beliau akan memberi sokongan dan kerjasama yang padu untuk pembangunan pusat khidmat autisme ini kerana selari dengan perjuangan beliau.

Manakala bagi penjawat awam negeri, Shirley Bonnie M Huggim berkata, pengumuman tersebut menunjukkan kerajaan mengambil berat berkenaan golongan istimewa.

“Sebagai ibu yang mempunyai anak istimewa, saya amat berbesar hati apabila mendapati golongan kanak-kanak autisme diambil perhatian dalam pembentangan bajet kali ini.

“Tiba masa golongan istimewa di Malaysia dan Sabah khasnya diberi perhatian sewajarnya.

“Pembinaan Pusat Permata yang dijanjikan dapat merealisasikan impian ibu bapa yang mempunyai anak istimewa,” katanya.

Menurutnya, ramai ibu bapa menghantar anak ke pusat terapi dan menanggung yuran yang tinggi.

Tambahnya, bantuan yuran itu sedikit sebanyak akan dapat meringankan beban kewangan ibu bapa yang layak.

“Secara peribadi, banyak lagi bantuan dan sokongan yang diperlukan oleh ibu bapa mahupun anak-anak autisme.

“Kita mahu mereka diterima dalam masyarakat, mempunyai kerjaya dan menjadi sebahagian daripada pemacu ekonomi kerana ramai yang mampu sekiranya diberi peluang untuk bekerja mahupun berniaga,” katanya.

Dia juga merupakan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ‘Special Olympics Sabah’ yang aktif berkhidmat kepada komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) Intelektual melalui program dalam sukan, kesihatan, pendidikan dan pembangunan komuniti.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pembinaan dua sekolah baharu murid keperluan khas akan dibina di Tuaran, Sabah dan Johor Bahru dengan kos RM300 juta.

Manakala Pusat Perkhidmatan Autisme dibangunkan dengan peruntukan RM3 juta.

Selain itu, sebanyak 11 Pusat Permata baharu turut akan dibina bagi melengkapkan setiap negeri dengan pusat didikan anak-anak autistik iaitu di Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu.

Di samping itu, lebih 110,000 murid OKU termasuk murid autisme menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas RM150 sebulan yang melibatkan peruntukan RM200 juta.

Peningkatan had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan dan pemulihan anak autisme turut ditingkatkan kepada RM6,000.

Related Posts

Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan

IPOH – Isu pemindahan tiga ekor gajah Dara, Amoi dan Kelat (DAK) dari Zoo Taiping dan Night Safari ke Zoo Tennoji kini mencapai tahap perbincangan tertinggi apabila dibawa terus kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

PUTRAJAYA – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diarahkan mempertingkat operasi pembenihan awan di utara Semenanjung susulan keadaan cuaca kering yang berpanjangan di kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

Pasar Sejahtera Rakyat Perak diperluas, RM3.7 juta bantu rakyat hadapi kos sara hidup

Pasar Sejahtera Rakyat Perak diperluas, RM3.7 juta bantu rakyat hadapi kos sara hidup

‎Cadangan ‘barter trade’ diteliti, fokus aspek keselamatan – Hajiji

‎Cadangan ‘barter trade’ diteliti, fokus aspek keselamatan – Hajiji