Ringgit kembali mengukuh ketimbang dolar

RINGGIT memulakan urus niaga pada Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), biarpun sentimen berhati-hati ketara susulan perkembangan ekonomi global.

Kerugian dicatat baru-baru ini pula menyebabkan pelabur beralih kepada mata wang negara sedang pesat membangun.

Pada 8.20 pagi ini, ringgit diniagakan pada 4.3245/3400 berbanding dolar AS daripada 4.3255/3305 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit dijangka tidak berubah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati.

Indeks Dolar AS (DXY) terus meningkat dengan menokok sebanyak 0.05 peratus kepada 104.06 mata.

Sementara itu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menerusi laporan Tinjauan Ekonomi Dunia, bertindak menurunkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun depan sebanyak 0.1 kepada 3.2 peratus atas alasan keadaan geopolitik dan dasar perlindungan perdagangan sebagai penyebab semakan itu.

“Mungkin juga pasaran menjadi lebih terkawal dalam tempoh memasuki pilihan raya presiden AS pada 5 November ini, terutama dalam bidang berkaitan dasar-dasar perdagangan oleh calon yang juga bekas presiden, Donald Trump,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, sesi urus niaga awal menyaksikan ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ini termasuk mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.8588/8692 daripada 2.8668/8704, naik berbanding euro kepada 4.6683/6850 daripada 4.6785/6839 semalam namun susut berbanding pound Britain kepada 5.6115/6316 daripada 5.6097/6162 sebelum ini.

Ringgit juga diniagakan mengukuh berbanding mata wang Asean iaitu meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8924/12.9440 daripada 12.9089/9300 dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 277.7/278.9 daripada 277.8/278.3 semalam.

Berbanding dolar Singapura, ringgit meningkat kepada 3.2846/2966 daripada 3.2879/2919 sebelum ini namun hampir mendatar berbanding peso Filipina pada 7.47/7.50 daripada 7.47/7.49 sebelum ini.

Related Posts

Kerajaan sasar cip semikonduktor ‘Made by Malaysia’ dalam tempoh tiga tahun

PUTRAJAYA – Kerajaan menyasarkan Malaysia mampu menghasilkan cip semikonduktor berjenama ‘Made by Malaysia’ dalam tempoh tiga tahun menerusi kerjasama strategik antara Malaysia dan Arm Limited. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama Malaysia-Arm Limited pacu fasa baharu industri semikonduktor negara

PUTRAJAYA – Kerajaan menyerahkan tawaran di bawah kerjasama strategik antara Kerajaan Malaysia dan Arm kepada tiga syarikat tempatan sebagai langkah penting memperkukuh keupayaan negara dalam reka bentuk litar bersepadu atau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

MADANI membina jiwa bangsa

MADANI membina jiwa bangsa