Belanda utamakan bantuan kemanusiaan di Gaza – PM Schoof

PERDANA Menteri Belanda, Dick Schoof menegaskan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza kekal menjadi keutamaan utama kerajaan beliau.

“Bantuan kemanusiaan adalah keutamaan nombor satu. Akses tanpa had untuk pertubuhan seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Palang Merah dan Bulan Sabit Merah merupakan prasyarat mutlak.

“Hanya dengan cara itu bantuan kemanusiaan dapat benar-benar sampai ke Gaza,” katanya menerusi mesej video di media sosial ketika menjawab persoalan semasa, lapor Anadolu.

Schoof turut menekankan bahawa Israel bertanggungjawab membenarkan kemasukan bantuan selaras dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Beliau berkata, beberapa persetujuan dalam kalangan Kesatuan Eropah (EU) tidak dilaksanakan sepenuhnya, menyebabkan penghantaran bantuan terpaksa dilakukan melalui kaedah tertentu seperti penghantaran makanan dari udara.

“Sejak Ahad lalu, Belanda sekali lagi dapat melaksanakan penghantaran makanan udara ke Gaza. Namun, ia bukan cara yang paling selamat atau pantas. Justeru, kami terus memberi tekanan agar bantuan dapat disalurkan melalui pintu sempadan darat,” jelasnya.

Menurut beliau, tekanan terhadap Israel perlu diteruskan bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan di Gaza. Katanya, sekatan (sanctions) adalah salah satu instrumen, namun mesti diputuskan dalam kerangka EU.

Menyentuh isu politik, Schoof menegaskan Belanda masih menyokong penyelesaian dua negara yang menjamin kewujudan negara Palestin yang merdeka serta Israel yang selamat. Namun begitu, pengiktirafan negara Palestin belum berada dalam agenda kerajaan Belanda pada masa ini kerana memerlukan penelitian.

Dalam pada itu, Schoof turut mengecam serangan terhadap wartawan, sambil menyifatkan kebebasan media dan keselamatan wartawan sangat penting ketika peperangan.

“Serangan yang disengajakan terhadap wartawan adalah tidak boleh diterima. Kami telah meminta penjelasan daripada Israel mengenai perkara ini. Belanda juga mendesak akses selamat untuk wartawan ke Gaza serta jaminan keselamatan mereka,” katanya.

Related Posts

Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

NAIB Presiden Pertama Iran, Mohammad Reza Aref, mengeluarkan amaran keras pada awal pagi Isnin bahawa keselamatan di Selat Hormuz tidak dapat dijamin sekiranya eksport minyak negara itu terus disekat. Menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan