Hakim ‘paling baik di dunia’ tutup usia

WASHINGTON – Frank Caprio, hakim Amerika Syarikat (AS) dikenali sebagai ‘hakim paling baik di dunia’ kerana kerjayanya yang penuh dengan sifat belas kasihan, meninggal dunia akibat kanser pankreas, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut satu hantaran di akaun Instagramnya, hakim mahkamah perbandaran Rhode Island itu menghembuskan nafas terakhir selepas ‘perjuangan panjang menentang kanser pankreas’.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyebut tarikh sebenar kematiannya.

“Dikenang kerana sifat belas kasihan, rendah hati dan keyakinannya terhadap kebaikan manusia, Hakim Caprio menyentuh kehidupan jutaan orang menerusi kerjayanya di mahkamah dan di luar.

“Beliau akan dikenang bukan sahaja sebagai hakim dihormati, tetapi juga sebagai suami, bapa, datuk, moyang serta sahabat yang penyayang.

“Legasi beliau akan terus hidup melalui pelbagai amalan kebaikan diilhamkannya.

“Demi menghormatinya, semoga kita berusaha menambah sedikit lagi sifat belas kasihan dalam dunia ini, seperti dilakukannya setiap hari,” menurut kenyataan itu.

Pada Selasa, Caprio sempat berkongsi video dari katil hospitalnya, mengucapkan terima kasih kepada para pengikut atas doa mereka sambil mengakui berlaku ‘kemerosotan’ dalam perjuangannya melawan penyakit itu.

Caprio dikenali menerusi rancangan ‘Caught in Providence’ yang pernah dicalonkan untuk Anugerah Emmy.

Rancangan itu disiarkan dari 2018 hingga 2020.

Dalam program itu, beliau mengendalikan pelbagai kes kesalahan ringan dengan pendekatan seperti seorang bapa penyayang, sering memperlihatkan sikap penuh belas kasihan terhadap defendan.

Related Posts

Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

NAIB Presiden Pertama Iran, Mohammad Reza Aref, mengeluarkan amaran keras pada awal pagi Isnin bahawa keselamatan di Selat Hormuz tidak dapat dijamin sekiranya eksport minyak negara itu terus disekat. Menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan