Bekalan elektrik pantai timur Sabah pulih, sistem grid Sabah stabil

KOTA KINABALU – Bekalan elektrik di kawasan pantai timur Sabah kini pulih sepenuhnya selepas talian penghantaran 275kV Kolopis–Segaliud (Talian 2) berjaya ditenagakan pada Ahad menandakan pemulihan penuh sistem grid negeri yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn. Bhd. (Sabah Electricity), Datuk Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, pemulihan itu selepas pemasangan sebuah lagi menara ‘Emergency Restoration System’ (ERS) pukul 9.10 malam.

“Pada 17 September lalu, talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud (talian satu) berjaya disambung semula pada 8.10 malam.

“Kedua-dua talian kini bersambung ke sistem grid Sabah sekali gus menghubungkan kembali pantai timur Sabah ke sistem grid dan memulihkan bekalan elektrik ke kawasan yang terputus bekalan,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Sehubungan itu, Mohd Yaakob menzahirkan penghargaan atas daya dan usaha seluruh pasukan teknikal dan warga kerja Sabah Electricity bagi memastikan sistem grid dapat dipulihkan.

“Usaha ini merupakan hasil pengorbanan, kepakaran dan komitmen luar biasa pasukan teknikal serta warga kerja Sabah Electricity yang bertungkus-lumus tanpa mengira siang dan malam.

“Kejayaan sepenuhnya ini adalah hasil kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Sabah, pasukan teknikal, kontraktor dan pihak berkepentingan yang lain,” ujarnya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16