
KOTA KINABALU – Pegawai Bomba Bantuan (PBB), Riksi Tahir yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat memohon sumbangan ikhlas untuk bayinya baru berusia setahun tujuh bulan yang kini menghidap kanser ovari tahap tiga.
Menerusi hantaran Facebook rasmi BBP Kudat, sumbangan ikhlas itu bagi membantu kos rawatan bayi Riksi yang sedang dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas pada ketika ini.
“Saya memohon sumbangan ikhlas untuk meringankan beban keluarga kecil saya.
“Sumbangan ikhlas ini adalah untuk membantu dalam kos perubatan anak saya yang sedang berjuang melawan penyakit kanser ovari tahap tiga,” katanya.
Kongsinya, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Simpanan Nasional Berhad (BSN) 1200241000113103 dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 0107644532 (bapa) atau 0102608905 (ibu).




