Polis berkas warga asing, rampas syabu bernilai RM10,100

TAWAU – Polis menahan seorang lelaki warga asing dan merampas 100.59 gram syabu bernilai RM10,100 dalam serbuan Ops Tapis di sebuah stesen minyak di Batu 1 Jalan Apas, pada Isnin. 

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berumur 21 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 2.05 petang. 

“Selepas memperkenalkan diri sebagai polis, suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

“Semasa pergelutan, suspek mencampakkan sesuatu tidak jauh dari kawasan itu dan pemeriksaan mendapati sebuah plastik hitam yang dicampakkan mengandungi dua peket lut sinar berisi hablur jernih syabu,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa. 

Menurut Jasmin, suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan ujian saringan air kencing juga negatif. 

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 

“Pihak polis kini giat mengesan rangkaian pengedaran dadah ini bagi menjalankan siasatan lanjut,” tegasnya.

Related Posts

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

MIRI – Keadaan cuaca panas dan kering yang melanda daerah ini mencetuskan kebimbangan susulan peningkatan kes kebakaran belukar yang dilaporkan semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca
STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu