Batu Kawa bakal jadi bandar satelit – Abang Johari

Oleh: N.Mirza

KUCHING – Batu Kawa bakal menjadi bandar satelit yang sekali gus akan turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat.

Malahan ia akan lebih pesat dengan pembangunan baharu antara Kuching dan Bau.

“Ini adalah tiga kawasan yang kami (kerajaan) fokus dari segi pembangunan bandar atau kita sebut pembangunan semula bandar ‘re-urban development’,” kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Misalnya Bau sekarang ini dalam proses pembangunan sebagai kawasan pelancongan dengan Batu Kawa juga terletak strategik di tengah kawasan tersebut.

“Jadi ini bermakna sudah tentu Batu Kawa akan turut berubah bukan sahaja berubah wajah tetapi menjadi bandar satelit di tengah-tengah pembangunan yang berlaku antara Kuching dan Bau,” katanya.

Beliau berkata demikian semalam, ketika berucap pada Majlis Perasmian Dewan Serba Guna Kuari Ang Cheng Ho yang turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian.

Tambahnya lagi kerajaan sudah mempunyai pelan induk pembangunan Batu Kawa sehingga 2030.

Usaha itu, kata beliau, sudah semestinya akan mengambil masa panjang, terutamanya yang melibatkan sistem pengaliran air di Batu Kawa.

“Kalau musim banjir, kawasan Sinar Budi dan Desa Wira mesti terkesan. Itu sebabnya saya datang ke sini untuk memastikan kita akan memperbaiki sistem perparitan dengan cara baharu untuk kita simpan air.

“Kita akan tambah infrastruktur di Rantau Panjang dan Desa Wira supaya air boleh diuruskan dengan baik,” ujarnya.

Bagi Abang Johari, kawasan Batu Kawa mempunyai persamaan dengan Ang Ko Mio di Singapura dan tidak mustahil untuk kerajaan untuk menjadikan kawasan tersebut seperti yang dinyatakan beliau.

“Kalau kita perhatikan kawasan kering yang mana kita boleh kumpul air dan ia serupa dengan Singapura. Ia sebenarnya seperti Batu Kawa dan dipulihkan menjadi kawasan rekreasi,” jelasnya

Sehubungan itu, Abang Johari meyeru agar rakyat terus memberi sokongan dan bersatu supaya dapat bersama membangunkan negeri ini bukan sahaja kawasan Batu Kawa.

“Insya-Allah saya akan mencari duit untuk pembangunan Batu Kawa, kerana kita mahu Sarawak maju dari sudut pembangunan dan masa depan.

“Ini semua untuk manfaat rakyat, yang penting kita bersatu dan mempunyai kerajaan yang stabil untuk mencapai sasaran ini,” ujarnya.

Related Posts

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

SANDAKAN – Kerajaan memberi penekanan terhadap kepentingan sinergi antara agensi Persekutuan, negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif berkaitan tenaga kerja dapat dilaksanakan secara berkesan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

SANDAKAN – Aktiviti penjualan rokok tidak berlesen di sekitar kawasan kaki lima Pasar Batu 8, di sini, pada Sabtu menjadi tumpuan dalam satu tinjauan dan pemantauan menerusi lawatan turun padang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang