Laluan ART diperluaskan ke Batu Kawa

Oleh: N.Mirza

BATU KAWA – Laluan bagi sistem Transit Aliran Autonomi (ART) yang masih dalam proses pembinaan akan diperluaskan sehingga ke Batu Kawa dengan laluan Garis Kuning.

Ini adalah salah satu usaha bagi membantu mengatasi masalah kesesakan di kawasan berkenaan terutama pada waktu puncak.

Malahan ia sekali gus mengembangkan jaringan perhubungan melalui kenderaan awam.

“Setakat ini, kita mempunyai Garis Biru dan juga Garis Merah untuk ART ini dan (kini) Timbalan Premier Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian meminta untuk mengembangkan lagi ART ke kawasan Batu Kawa dengan garisan kuning.

“Saya merasakan perkara ini tidak menjadi masalah kerana masih dapat dibincangkan lagi dan yang penting kita akan mempunyai kaedah perhubungan baharu dari sudut kenderaan awam,” kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa berucap pada Majlis Perasmian Dewan Serba Guna Kuari Ang Cheng Ho di Batu Kawa pada Isnin.

Tambahnya lagi, pelaksanaan ART tersebut merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan bahagian Kuching yang melibatkan kawasan Batu Kawa, Bau dan Matang.

“Ekoran itu, kita yakin ART akan menjadi pilihan ramai terutama Garis Kuning ini dicadangkan oleh Sarawak Metro dalam pelan asal di mana laluan ini akan dihubungkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Sekali gus dapat menyediakan penyelesaian untuk keperluan pengangkutan di kawasan terlibat,” ujarnya.

Related Posts

Projek Tungku Commercial Centre dibatalkan, pemaju gagal penuhi terma

KOTA KINABALU – Projek Tungku Commercial Centre yang melibatkan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) bersama Menara Gading Sdn. Bhd (MGSB) dibatalkan selepas pemaju gagal memenuhi terma perjanjian. Menteri Kerja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah tingkat usaha baiki lampu jalan, terima peruntukan RM17.9 juta

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah terus memperkukuh jalinan kerjasama strategik dengan Kerajaan Persekutuan bagi menangani isu lampu jalan yang tidak berfungsi di seluruh negeri, khususnya melibatkan jalan-jalan persekutuan. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek Tungku Commercial Centre dibatalkan, pemaju gagal penuhi terma

Projek Tungku Commercial Centre dibatalkan, pemaju gagal penuhi terma

Sabah tingkat usaha baiki lampu jalan, terima peruntukan RM17.9 juta

Sabah tingkat usaha baiki lampu jalan, terima peruntukan RM17.9 juta

Tiga projek mega RMK13 tangani krisis air Tawau capai kemajuan

Tiga projek mega RMK13 tangani krisis air Tawau capai kemajuan

RM4.2 juta naik taraf SJK(T) Ladang Kulai Besar, perkukuh pendidikan inklusif

RM4.2 juta naik taraf SJK(T) Ladang Kulai Besar, perkukuh pendidikan inklusif

Johor tarik pelaburan teknologi, projek JHB1 catat pencapaian baharu

Johor tarik pelaburan teknologi, projek JHB1 catat pencapaian baharu

26 tahun menanti, projek tebatan banjir RM5 juta akhirnya direalisasi

26 tahun menanti, projek tebatan banjir RM5 juta akhirnya direalisasi