Bas ekspres langgar 3 kenderaan di Lebuh Raya KL-Karak

KUANTAN – Sebuah bas ekspres merempuh tiga kenderaan lain, dipercayai akibat hilang kawalan ketika melalui selekoh di Kilometer 47 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, dekat Bentong, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 6 petang berhubung kejadian itu.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres yang membawa 39 penumpang dari Terminal Bersepadu Gombak menghala ke Raub.

“Setiba di lokasi, bas berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tiga kenderaan lain.

“Bagaimanapun dalam kejadian itu, semua mangsa dilaporkan tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zaiham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian itu untuk tampil membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong atau mana-mana balai polis berdekatan.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen