Mangsa tertimbus runtuhan kuari belum dijumpai

KUANTAN – Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) berdepan detik cemas berikutan runtuhan susulan ketika operasi menyelamatkan seorang pemandu jentera pengorek yang tertimbus di tapak kuari batu di Ulu Gali, dekat Raub.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Raub, Jalailudin Abd Mubin berkata, runtuhan berlaku ketika operasi giat dijalankan kira-kira jam 11,45 pagi tadi.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan operasi ditangguhkan hampir sejam sebelum disambung semula selepas pemantauan keadaan di tebing kuari disahkan selamat.

“Kita turut menggunakan seekor anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk membantu mengesan mangsa.

“Berdasar petunjuk yang ada, kita percaya sudah mengesan lokasi mangsa tertimbus dan tumpuan dilakukan untuk mengalih timbunan batu di kawasan itu.

“Sehingga kini hampir 10 tan metrik bongkahan batu di lokasi sudah dialihkan, namun mangsa belum ditemui,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari semalam, mangsa, Mohammad Fazrul Illahi Ab Rahman, 30, dilaporkan tertimbus dan tiga pekerja warga asing pekerja kuari tercedera akibat kejadian tebing kuari batu runtuh.

Ketika runtuhan, mangsa dilaporkan sempat melompat keluar dari jentera dikendalikannya dan cuba lari untuk menyelamatkan diri, namun dihempap dan tertimbus timbunan batu.

Lebih 70 anggota bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam terbabit dalam SAR dilancarkan sejak jam 1 petang semalam.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM