Sabah perlu bersama Kerajaan MADANI, pengundi tentukan masa depan

KALABAKAN – Perpaduan rakyat Sabah bersama Kerajaan MADANI adalah kunci untuk membawa negeri ini ke arah pembangunan lebih baik selain mengingatkan bahawa keputusan sebenar terletak di tangan pengundi, kata Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari. 

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata, apa yang penting ketika ini adalah rakyat untuk bersatu hati dan bersepadu.

“Kita kena beri sokongan sama ada kepada PKR atau parti gabungan Pakatan Harapan kerana dengan keinginan dan kerjasama, kita boleh selesaikan isu di sini (Sabah). 

“Kalau tidak, kita hanya sekadar tukar orang atau tukar menteri sahaja tetapi masalah tetap tidak selesai kerana tiada perpaduan,” katanya berucap merasmikan Bilik Gerakan Utama (BGU) dan Pelancaran Jentera DUN Sebatik di Felda Umas, pada Ahad. 

Difahamkan, DUN Sebatik mempunyai lebih 16,000 pengundi dengan tujuh Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Beliau berkata, perjuangan bukan soal menjadi ‘hero’ yang akhirnya gagal menyelesaikan masalah malah selepas mendapat kuasa menuding jari kepada orang lain.

“Oleh itu semua kena kerja satu pasukan. Perpaduan ini bukan satu parti tapi perpaduan milik majoriti rakyat sabah termasuk rakyat Sebatik dan Kalabakan. 

“Kalau kita dapat bentuk perpaduan, kita akan bentuk Sabah yang maju dan berjaya dengan Kerajaan Perpaduan yang kukuh.

“Tambahan pula komitmen Persekutuan terhadap Sabah juga terbukti apabila peruntukan Belanjawan tahunan meningkat daripada RM5.2 bilion pada 2022 kepada RM6.7 bilion pada 2025,” ujarnya. 

Pada Sabtu, Amirudin turut merasmikan BGU dan pelancaran jentera DUN Merotai di Kampung Tanah Merah Merotai Besar.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen