Banyak tuntutan Sabah lulus sepanjang kepimpinan Kerajaan Perpaduan – Hajiji

KOTA KINABALU – Banyak tuntutan yang dikemukakan negeri Sabah diluluskan sepanjang pentadbiran Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, banyak inisiatif dan tuntutan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang diluluskan.

“Banyak tuntutan yang kita minta diperuntukkan semasa Kerajaan Perpaduan ini.

“Kita sokong Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri,” katanya dalam sidang media sempena Persidangan Agung Tahun Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Hajiji turut memaklumkan beliau akan turut serta dalam rombongan bersama Perdana Menteri ke Indonesia bagi membincangkan isu pembangunan bersama di kawasan perairan laut Sulawesi iaitu mengenai isu Ambalat.

Ketika ditanya mengenai tuntutan hak 40 peratus hasil cukai, katanya Kerajaan Negeri akan terus tuntut perkara itu sebagaimana termaktub dalam MA63.

“Kita terus tuntut,” tegas beliau.

Related Posts

SMK FELDA Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas

KUANTAN – Pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) FELDA Jengka 24, dekat Jerantut, menganjurkan majlis bacaan Yassin dan tahlil khas untuk dua pelajar sekolah itu yang meninggal dunia akibat lemas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
6 pelajar ditahan belasah remaja akibat tuntut hutang

PEKAN – Enam pelajar berusia 13 hingga 16 tahun ditahan kerana disyaki merusuh dan mencederakan pelajar lain dalam kejadian berhampiran Pejabat Majlis Ugama Islam Pahang dan Adat Resam Melayu Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SMK FELDA Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas

SMK FELDA Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas

6 pelajar ditahan belasah remaja akibat tuntut hutang

6 pelajar ditahan belasah remaja akibat tuntut hutang

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER