Bantuan rakyat diperkasa, kesejahteraan masyarakat jadi keutamaan

PUTRAJAYA – Kerajaan akan melaksanakan beberapa inisiatif baharu termasuk meningkatkan bantuan sedia ada bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara ketika ekonomi negara berada pada landasan kukuh untuk berdepan cabaran sepanjang 2026.

Antara langkah utama adalah penambahan jumlah bantuan tunai rakyat, dengan peruntukan keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkat kepada RM15 bilion di bawah Belanjawan 2026.

Menerusi penambahbaikan itu, seramai sembilan juta penerima STR akan turut menerima bantuan SARA sehingga RM100 sebulan atau RM1,200 setahun bermula tahun depan selain sejuta penerima STR di bawah sistem eKasih akan menerima bantuan lebih tinggi iaitu sehingga RM200 sebulan atau RM2,400 setahun.

Kerajaan turut menyalurkan bantuan RM100 secara one-off kepada 22 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, yang dijangka diagihkan pada pertengahan Februari ini, sebagai usaha meringankan kos sara hidup.

Langkah kerajaan mensejahterakan rakyat turut disokong oleh pengukuhan ringgit yang dijangka berada pada tahap lebih stabil dan berdaya tahan pada tahun ini berbanding 2025, dengan potensi pengukuhan selari dengan peningkatan produktiviti domestik, kemajuan agenda ekonomi Madani dan penyesuaian beransur-ansur terhadap persekitaran kewangan global.

Sementara itu, pada jam 5 petang Rabu, ringgit ditutup rendah pada 4.0570/4.0650 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), daripada 4.0450/4.0490 pada Selasa manakala Bursa Malaysia mengakhiri dagangan 2025 dengan negatif apabila susut 4.42 mata kepada 1,680.11, berbanding 1,684.53 pada Selasa.

Prestasi ringgit adalah secara sederhana optimis dengan kecenderungan untuk terus mengukuh secara berperingkat dan ia didorong oleh asas ekonomi domestik yang semakin kukuh.

Prospek pertumbuhan ekonomi negara pula dijangka kekal mampan pada kadar 4.6 peratus pada 2026, melepasi julat sasaran Kementerian Kewangan iaitu 4.0 hingga 4.5 peratus.

Selain itu, Tahun Melawat Malaysia 2026 yang menyasarkan lebih 40 juta pelancong asing dijangka menjana pulangan melebihi RM140 bilion, sekali gus menjadi pemangkin kepada pengukuhan ekonomi dan menyokong usaha kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat.

Kerajaan juga dijangka melaksanakan inisiatif cukai karbon bermula 2026 hingga 2030, dengan anggaran kutipan sekitar RM2.1 bilion setahun bagi fasa pertama pelaksanaannya.

Menerusi aspek prasarana, rakyat bakal menikmati kemudahan pengangkutan yang lebih baik menerusi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka siap pada Disember ini, selain perkhidmatan komuter khusus laluan Kulai–Johor Bahru yang akan diperkenalkan mulai suku pertama 2026.

Pada masa sama, Kerajaan MADANI juga akan melaksanakan larangan akses media sosial kepada individu bawah 16 tahun mulai tahun depan bagi melindungi golongan muda daripada ancaman negatif dalam talian yang semakin meningkat.

Menurut pemerhati ekonomi, Ahmad Ridzuan Abdullah Mahmood, langkah Kerajaan MADANI berupaya memberi manfaat besar kepada semua lapisan masyarakat khususnya golongan B40 dan M40.

“Penambahan manfaat STR dan SARA adalah langkah tepat ketika ekonomi global berdepan ketidaktentuan akibat isu tarif, peperangan serta tekanan ekonomi global disebabkan oleh persaingan harga dan barangan komoditi serta ekosistem yang tidak menentu.

“Insiatif yang dilaksanakan Kerajaan MADANI disifatkan dapat memastikan kedudukan ekonomi golongan B40 dan M40 lebih stabil sekali gus meningkatkan kualiti kesejahteraan hidup,” katanya.

Beliau turut berpandangan pelaksanaan cukai karbon serta Lemon Law yang diumumkan dalam Belanjawan Oktober 2025 adalah bertepatan, khususnya bagi sektor automotif.

“Langkah ini meningkatkan ketelusan, menambah baik piawaian industri dan memperkukuh hak pengguna dalam tuntutan kerosakan barangan, terutama kenderaan dan peralatan elektrik yang masih dalam tempoh jaminan,” katanya

Related Posts

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO raih lonjakan keahlian baharu hampir 14,000 orang

KUALA LUMPUR – UMNO mencatatkan peningkatan ketara keahlian apabila seramai 13,954 individu menyertai parti itu melalui sistem pendaftaran dalam talian sejak diperkenalkan pada 22 April lalu. Setiausaha Agungnya, Datuk Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

‎UMNO 80 tahun: Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎

‎UMNO 80 tahun:  Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎