Banjir Temerloh tidak banyak berubah

KUANTAN – Keadaan banjir di daerah Temerloh semakin serius apabila 1,803 mangsa daripada 544 keluarga kini berada di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 4 petang tadi.

Daerah itu mula dilanda banjir pada 13 Oktober lalu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang berkata, daripada jumlah itu, PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Semantan merekodkan jumlah tertinggi dengan 730 orang mangsa.

“Ini diikuti 687 mangsa berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Bakti, SMK Mentakab (134 mangsa), SK Bukit Cermin (96 mangsa) dan SMK Bukit Cermin (69 mangsa).

“SK Lanchang pula menempatkan 36 mangsa, SK Mentakab (25 mangsa), Masjid Kampung Bongsu (20 mangsa) dan tapak pemindahan Kampung Gantok (enam mangsa),” katanya

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa, menasihati penduduk di kawasan dilanda banjir segera berpindah demi keselamatan.

Pada masa sama, katanya, orang ramai perlu sentiasa peka dengan keadaan cuaca dengan merujuk kepada laporan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

‎UMNO 80 tahun: Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎

‎UMNO 80 tahun:  Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎