4 tahun terputus hubungan, anak jumpa rangka bapa

MISTERI kehilangan bapa selama empat tahun akhirnya terungkai apabila rangka lelaki berusia 72 tahun dijumpai anaknya di sebuah pangsapuri di Kepong, Khamis lalu.

Sebelum ini kelibat lelaki yang juga seorang pesara itu tidak dilihat penduduk setempat, namun menjadi berita tergempar kawasan itu apabila anak lelaki mangsa yang terputus hubungan selama empat tahun telah menemui bapanya dalam keadaan menyayat hati.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata, anak mangsa mendapati kediaman bapanya berkunci dan gagal dihubungi.

“Anak mangsa bertindak memecahkan pintu rumah berkenaan sebelum menemukan bapanya dalam keadaan hanya tinggal rangka.

“Difahamkan, bapa mangsa tinggal berseorangan selepas bercerai dengan ibu mangsa. Kali terakhir anak mangsa berhubung dengan bapanya pada 2020.

“Rangka mangsa kemudian diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan dan tempoh kematian sebenar mangsa tidak dapat dipastikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi