Bahana penyebaran berita palsu

[ULASAN] Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita kurang menyenangkan dari Britain dikatakan berkenaan rusuhan perkauman telah berlaku.

Difahamkan rusuhan ini berpunca daripada tiga kanak-kanak perempuan berkulit putih telah dibunuh oleh remaja lelaki berkulit hitam yang berusia 17 tahun di Southport, UK.

Akibatnya, golongan pelampau bersayap kanan mengambil kesempatan menyebar berita palsu sehingga mencetuskan rusuhan perkauman di UK.

Ramai rakyat UK mula terpengaruh dengan sentimen antiimigran yang cuba diapi-apikan oleh golongan pelampau kanan.

Menurut laporan Daily Mail, Patriotic Alternative dan Reclaim Party antara kumpulan bersayap kanan yang dikatakan bertanggungjawab di sebalik rusuhan berlaku.

Difahamkan lebih 100 orang ditangkap kerana terlibat dalam rusuhan di UK.

Kerajaan UK terpaksa mengeluarkan perintah darurat ekoran rusuhan perkauman yang semakin tidak terkawal.

Keadaan semakin tidak terkawal

Wartawan Malaysia Rahmah Ghazali yang berada di Sheffiled memberitahu keadaan di UK sangat membimbangkan seperti dilaporkan oleh The Star.

Masalah ini berlaku bukan baharu hari ini, tetapi disebabkan dasar Kerajaan UK serta beberapa negara Eropah terlampau liberal dan bebas.

Disebabkan itu, ramai golongan imigran mula mengambil peluang bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi politik.

Malah, UK sendiri sudah mempunyai Perdana Menteri bukan berbangsa Inggeris iaitu Rishi Sunak.

Penyebaran berita palsu juga turut memainkan peranan di sebalik ini sehingga mencetuskan api perkauman yang sangat sukar dikawal.

Malah Majlis Keselamatan Negara (MKN) pernah juga mengesyorkan empat tindakan terhadap pengendalian media sosial.

Menurut Pakar keselamatan rangkaian dan maklumat dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Zuriati Ahmad Zukarnain, berkata empat tindakan tegas itu adalah penalti kerana ketidakpatuhan, denda, sekatan dan tuduhan jenayah.

“Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal selia selain akta sedia ada belum cukup mengekang perbuatan buli siber dan isu agama, raja dan kaum,” ujar beliau.

Pensyarah Kanan Keselamatan Maklumat Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Muhammad Daniel Hafiz Abdullah, berkata kerajaan boleh memperkenalkan mekanisme penapisan untuk menghalang kandungan yang berbahaya daripada tersebar di dalam negara.

“Kerjasama dengan syarikat teknologi untuk membangunkan penyelesaian teknikal yang lebih baik bagi mengesan dan menghapuskan kandungan berbahaya boleh dilakukan termasuk penggunaan algoritma pengesanan automatik dan kecerdasan buatan (AI),” kata beliau seperti dipetik dalam laman sesawang MKN.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata garis panduan tatalaku bagi platform media sosial versi pertama bakal berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.

Langkah ini bagi memastikan semua platform media sosial mematuhi garis panduan tatalaku itu.

“Garis panduan itu perlu jelas kepada pihak platform media sosial jika melanggar panduan tersebut,” kata Fahmi.

Diharap rakyat perlu faham akan langkah penguatkuasaan tersebut yang dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi.

Ini bagi memastikan kestabilan negara terus terjamin dan kita tidak mahu rusuhan perkauman yang berlaku di UK baru-baru ini turut merebak ke negara kita tercinta ini.

Related Posts

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

JOHOR BAHRU – Mandat perlu dikembalikan kepada rakyat melalui pilihan raya sekiranya mahu menukar kerajaan, bukannya dengan cara ‘menebuk atap’ iaitu budaya politik yang mencacatkan demokrasi. Ketua Angkatan Muda Keadilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan penyelarasan sementara kuota bagi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) pada 200 liter sebulan ketika ini berikutan tekanan bekalan global yang masih berterusan. Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

Lumut bakal jadi hab pertahanan maritim, kampus UPNM dirancang

Lumut bakal jadi hab pertahanan maritim, kampus UPNM dirancang