Baca Qunut Nazilah terhadap pemimpin undang perpecahan umat Islam

TINDAKAN segelintir pihak yang menggunakan Qunut Nazilah bagi mendoakan kehancuran kepimpinan negara disifatkan sebagai tidak wajar dan bertentangan dengan prinsip keharmonian dalam Islam.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Ahmad Fauwaz Fadzil menegaskan bahawa meskipun terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan umat Islam, ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mendoakan laknat terhadap sesama Muslim.

“Saya berpandangan bahawa Qunut Nazilah perlu mempunyai batasan yang jelas serta tertakluk kepada panduan daripada badan berautoriti. Penggunaannya seharusnya dihadkan kepada situasi yang melibatkan musuh-musuh Islam yang nyata,” katanya seperti dilaporkan RTM.

Menurut beliau, perbezaan pandangan atau khilaf ijtihad tidak wajar dijadikan asas untuk membaca Qunut Nazilah terhadap pemimpin atau sesama umat Islam kerana tindakan sedemikian hanya akan mencetuskan perpecahan.

“Saya mengharapkan agar seluruh umat Islam dapat mengelakkan penyalahgunaan Qunut Nazilah, melainkan ia dibenarkan oleh pihak berautoriti dalam konteks mempertahankan Islam dan menentang musuh-musuh Allah SWT. Terhadap sesama Muslim, kita dituntut untuk saling mendoakan kebaikan dan mengamalkan sifat memaafkan,” ujarnya lagi.

Tambah beliau, umat Islam sepatutnya berpegang kepada prinsip husnuzon atau bersangka baik, meskipun terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan mereka.

Terdahulu, Himpunan Turun Anwar yang berlangsung pada Sabtu lalu didakwa dicemari dengan beberapa insiden yang tidak wajar, termasuk bacaan Qunut Nazilah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, laungan berunsur penghinaan, serta perlakuan simbolik sebat terhadap replika yang menyerupai pemimpin negara itu.

Related Posts

PKR Kedah mahu tawan semula kerusi Parlimen, DUN

ALOR SETAR – PKR Kedah menyasarkan usaha memenangkan kembali kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini menerusi perancangan gerak kerja strategik yang lebih tersusun dan berkesan. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemilihan UMNO selepas PRU16

KUALA LUMPUR – UMNO akan menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung tahun ini dan akan dilaksanakan selepas diadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA