Dewan Masyarakat KK musnah terbakar 80 peratus

KOTA KINABALU – Dewan Masyarakat Kota Kinabalu terbakar kira-kira 80 peratus daripada struktur bangunan tersebut di sini pada awal pagi Selasa.

Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK), Asama Saruddin, pihaknya digerakkan ke lokasi kejadian sejauh empat kilometer dan tiba pada jam 12.50 tengah malam.

Asama berkata kebakaran tersebut melibatkan sebuah dewan masyarakat berkeluasan 70×60 kaki yang terbakar.

“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran 100 kaki satu pancutan daripada Fire Rescue Tender Balai Bomba Penyelamat (FRT BBP) Lintas, dua aliran 200 kaki empat pancutan daripada FRT BBP Kota Kinabalu sumber air daripada pili bomba dan jentera tanker.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain yang wujud di lokasi, operasi ditamatkan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 12.44 pagi melalui talian MERS999.

Jelas beliau, operasi kebakaran berjaya dikawal pada pukul 2.41 pagi dan tamat sepenuhnya pada pukul 4.08 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain wujud di lokasi.

Katanya, seramai 25 anggota terlibat dalam operasi ini, termasuk 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, enam anggota dari BBP Lintas dan dua anggota dari BBP Penampang.

Agensi yang turut terlibat iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan. Sabah Electricity (SE).

Related Posts

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil langkah pengawalan susulan isu gangguan monyet liar atau dikenali sebagai monyet gunung di Taman Rekreasi Gunung Lang, di sini, yang tular dan dilaporkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

MIRI – Seramai 500 murid daripada golongan asnaf di daerah ini menerima khabar gembira apabila terpilih menerima sumbangan dana Zakat i-Asnaf daripada Petronas Carigali Sdn Bhd. Sumbangan menerusi Badan Asy…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam