PN cemburu hubungan baik kerajaan Johor, Persekutuan – Rani Kulup

KLUANG – Aktivis sosial, Abdul Rani Kulup Abdullah mencabar Perikatan Nasional (PN) supaya menarik diri pada saat-saat akhir dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota bagi memberi laluan ‘mudah’ kepada Barisan Nasional (BN) untuk menang.

Abdul Rani berkata, tindakan Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu seolah-olah cemburu dengan kestabilan Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Perpaduan.

Menurut beliau, tanpa cabaran oleh Mohamed Azmin, kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang permasalahan berikutan telah lama mempunyai hubungan dan kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan.

“Mereka sebenarnya ada hati nak bersama dengan Kerajaan Perpaduan. Mereka Perikatan Nasional (PN) nampak kerajaan ini ada motif, matlamat dan wawasan.

“Kenapa baru sekarang nak suruh Johor kalau menang Pilihan Raya Kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota nak tubuh Kerajaan Perpaduan? Tak ada memberi apa-apa masalah pun.

“Kalau betul, PN perlu tarik dirilah daripada bertanding. Baru betul kiranya mereka tidak bertanding dan memberikan laluan terus kepada BN,” katanya kepada The Malaysia Press ketika Majlis Malam Kluang Berselawat bersempena Sambutan Maulidur Rasul 1446H di Masjid Jamek Kampung Tengah, di sini, malam tadi.

Pada Rabu, Mohamed Azmin mencabar Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri ini sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September ini.

Katanya, Onn Hafiz sepatutnya bersikap terbuka dan adil dalam hal tersebut kerana sehingga kini tiada Kerajaan Perpaduan di Johor meskipun mendapat sokongan parti komponen lain.

Sementara itu, Abdul Rani turut mengulas berkenaan PN yang memilih pendekatan untuk ‘riuh’ di luar berbanding berunding mengenai Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan pembangkang adalah tidak wajar kerana seolah-olah tidak mahu membela nasib rakyat terutamanya masyarakat Melayu.

“Penolakan PN itu seolah-olah tidak mahu mengangkat martabat bangsa Melayu. Bila mereka tolak, suara Melayu di Parlimen berkurangan.

“Kuasa-kuasa lain seperti DAP tinggi itu kalah dia. Kalau dicampur Pas ada 40 kerusi, kuatlah Melayu. Dan kelam-kabutlah rakyat. Jadi timbul pelbagai tohmahan dan rakyat akan jadi huru-hara, kerajaan tidak stabil. Ini kita tak mahu,” katanya.

Related Posts

Fahmi bertanding jawatan Naib Presiden PKR

KETUA Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan pencalonannya untuk jawatan Naib Presiden parti pada pemilihan PKR pada 24 Mei depan Fahmi berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan lanjut bersama beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Undi tertinggi milik Gobind, Loke kekal Setiausaha Agung DAP

TIMBALAN Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berjaya mempertahankan kerusinya dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu dengan jumlah undi terbanyak iaitu 2,785 undi, malam ini. Bagaimanapun, Naib Pengerusi Teresa Kok…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi bertanding jawatan Naib Presiden PKR

Fahmi bertanding jawatan Naib Presiden PKR

Sandakan Heritage Walk: Promosi gaya hidup sihat, sejarah dan pokok warisan

  • By Fandi
  • March 16, 2025
Sandakan Heritage Walk: Promosi gaya hidup sihat, sejarah dan pokok warisan

Undi tertinggi milik Gobind, Loke kekal Setiausaha Agung DAP

Undi tertinggi milik Gobind, Loke kekal Setiausaha Agung DAP

Polis tembak mati suspek kes samun guna senjata api

Polis tembak mati suspek kes samun guna senjata api

Saya boleh masak gulai ikan temenung, tapi tak sama dengan sentuhan bapa yang memasaknya – Dr Suraiya

Saya boleh masak gulai ikan temenung, tapi tak sama dengan sentuhan bapa yang memasaknya – Dr Suraiya

Sarawak mohon kaji semula data eKasih, pastikan ketepatan kadar kemiskinan – Nancy

Sarawak mohon kaji semula data eKasih, pastikan ketepatan kadar kemiskinan – Nancy