Azmin gagal fahami realiti ekonomi global, arah diplomasi Malaysia

PUTRAJAYA – Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang dimeterai Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bukanlah bentuk penyerahan kepada kuasa besar, sebaliknya sebagai alat bagi memperkukuh kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan global.

Ketua Penerangan AMK, Danish Hairudin berkata, polisi itu memberi Malaysia kelebihan strategik dari segi akses pasaran, teknologi dan pelaburan bernilai tinggi, khususnya dalam sektor semikonduktor dan nadir bumi.

Menurut beliau, Malaysia kini menjadi sebahagian daripada rantaian global yang membekalkan bahan mentah kepada industri teknologi hijau dunia, dengan kawalan pengeluaran kekal di bawah undang-undang tempatan.

“Kenyataan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendakwa perjanjian perdagangan Malaysia-Amerika Syarikat (ART) sebagai penyerahan kedaulatan ekonomi adalah satu kenyataan dangkal.

“Dakwaan itu menunjukkan kegagalan beliau memahami realiti ekonomi global dan arah diplomasi moden yang sedang dibina oleh Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Danish berkata, dakwaan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu hanya memperlihatkan sikap politik lama yang cuba menakut-nakutkan rakyat dengan retorik anti-Barat.

Jelasnya, sedangkan secara realiti, dunia kini memerlukan kerjasama strategik untuk menghadapi cabaran ekonomi hijau, digital dan geopolitik baharu.

“Malaysia hari ini merupakan, antara 25 ekonomi paling terbuka di dunia dengan perdagangan antarabangsa melebihi 130 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Dalam konteks globalisasi, dasar kerjasama strategik lebih menjamin kemandirian ekonomi berbanding sikap memencilkan diri seperti yang diamalkan pentadbiran dahulu ketika Azmin sendiri gagal menandatangani sebarang perjanjian perdagangan bebas (FTA) baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Danish menegaskan, tarif rendah dan pasaran eksport baharu lebih 1,700 barangan Malaysia dengan kadar tarif sifar atau rendah di pasaran AS disifatkan akan merangsang eksport perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan sektor pembuatan bernilai tambah tinggi.

Beliau memaklumkan, fakta terbabit menolak naratif kononnya Malaysia menyerahkan ekonomi sebaliknya kita memanfaatkan peluang global secara bijaksana dan berdaulat.

“Kerajaan MADANI memilih pendekatan matang dengan membina kerjasama pelbagai hala tanpa tunduk kepada mana-mana kuasa besar dunia. Malaysia kekal neutral, terbuka kepada pelaburan dari AS, China, Jepun dan Kesatuan Eropah, namun tidak menggadaikan dasar luar berkecuali yang menjadi teras sejak zaman Tun Razak.

“Kedaulatan bukanlah slogan kosong tetapi memberi erti besar dalam hak menentukan dasar ekonomi dan sosial tanpa paksaan luar. Semua dasar eksport, termasuk mineral strategik, kekal di bawah bidang kuasa kerajaan Malaysia.

“Selain itu Malaysia bebas meneruskan hubungan perdagangan dengan China, ASEAN, BRICS dan negara-negara Selatan Global tanpa sebarang sekatan daripada AS,” jelasnya.

Tambah Danish, Malaysia kini berada di landasan kukuh sebagai ekonomi progresif, berdaya saing dan berdaulat di bawah kepimpinan Kerajaan MADANI.

“Kerajaan MADANI bukan tunduk kepada AS, sebaliknya mengimbangi hubungan kuasa besar dunia melalui dasar luar bebas yang matang.

“Perkara tersebut terbukti dengan hubungan erat Malaysia dengan BRICS, ASEAN, OIC, dan rakan serantau lain dalam isu Gaza, perdagangan dan pembangunan lestari,” katanya.

Terdahulu, Azmin mendakwa perjanjian ART yang ditandatangani Malaysia dilihat bukanlah satu bentuk timbal balik seperti yang digambarkan, sebaliknya merupakan satu bentuk penyerahan terhadap AS.

Beliau berkata, Malaysia memberikan terlalu banyak kawalan terhadap ekonominya manakala AS kekal bebas menentukan dasar yang menguntungkan industri mereka sendiri.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi

Kes panggilan palsu bebankan sumber negara

Kes panggilan palsu bebankan sumber negara