Azmawi calon pemimpin terbaik untuk Nenggiri

CALON Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Azmawi Fikri mampu melaksakan tanggunggjawab sebagai pemimpin yang baik sekiranya menang di kawasan itu.

Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, masyarakat setempat perlu mempercayai kredibiliti dan rekod baik serta boleh membantu rakyat.

“Pandangan saya sudah tentulah Azmawi… kalau dilihat calon yang lagi satu itu terdapat terlalu banyak akrobatik politik. Azmawi ini ‘is the only’ calon tunggal daripada UMNO dan juga Barisan Nasional (BN), disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Perpaduan.

“Bagi saya di Nenggiri ini adalah persoalan politik sentimen dengan tawaran. Adakah orang Nenggiri masih lagi nak terbuai dengan soal sentimen, hubungan UMNO bersama dengan DAP, siapa lebih Islam, siapa lebih Melayu ataupun mereka memilih wakil daripada kerajaan perpaduan, daripada UMNO, BN yang dah ada trek rekod dan ternyata boleh membantu rakyat di Nenggiri itu sendiri,” katanya menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya.

Katanya, pemilihan yang dilakukan oleh Barisan Nasional ini dilakukan berdasarkan kredibiliti serta potensi yang ada pada Azmawi.

Tambah Shaiful, masyarakat perlu sebulat suara memilih Azmawi sekiranya mahukan jaminan perubahan masa depan baik di Nenggiri.

“Saya percaya Azmawi boleh bagi khidmat yang sebaiknya. Azmawi mampu melakukan tugasan beliau sebagai wakil rakyat dengan baik. Malahan saya nampak di UMNO Bahagian Gua Musang pun sebulat suara memilih Azmawi sebagai wakil di DUN Nenggiri.

“Jelas, rakyat Nenggiri ada dua perkara yang perlu dipilih sama ada politik sentimen ataupun tawaran untuk mengubah kehidupan mereka. Go for Azmawi untuk DUN Nenggiri,” katanya.

Barisan Nasional (BN) menamakan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, 38, sebagai calon mewakili Kerajaan Perpaduan manakala Perikatan Nasional (PN) menamakan Mohd Rizwadi Ismail, 41, yang juga bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan hilang keahlian Bersatu pada 13 Jun lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Mohd Azizi menang dengan majoriti 810 undi apabila mendapat 6,517 undi, berbanding calon BN, Ab Aziz Yusoff yang memperoleh 5,707 undi.

Related Posts

Miha komited tuntaskan isu tanah Kg Sungai Rotan

KINABATANGAN – Isu berkaitan pemilikan dan status tanah yang dihadapi penduduk Kg Sungai Rotan akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Tanah (LC Meeting) bagi membolehkan penilaian menyeluruh serta tindakan susulan diambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Lamag Wajah Baharu’ manifesto rasmi Miha

KINABATANGAN – Tema ‘Lamag Wajah Baharu’ yang menggariskan tujuh teras utama menjadi manifesto rasmi calon Barisan Nasional (BN) DUN Lamag, Mohd Ismail Ayob (Miha). Menurut Miha, tujuh teras berkenaan menumpukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri