Gaji lebih tinggi dari KDNK, saya ‘no komen’ – MB Kelantan

GUA MUSANG – Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud enggan mengulas berkaitan kontroversi kadar gajinya yang dikatakan tinggi berbanding
pendapatan keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita negeri itu.

Beliau ketika dihubungi cuba mengelak persoalan yang diajukan dan memilih untuk menuduh kajian yang dikeluarkan oleh media tempatan tidak bertepatan dengan angka pendapatan yang diperoleh oleh Kelantan.

“Cuba perhatikan secara menyeluruh, RM30,000 (gaji Menteri Besar lain) dengan RM20,000 (gaji beliau) mana yang lebih tinggi.

“Sehubungan itu, tak perlu dah saya nak ulas lebih lanjut berkenaan perkara tersebut,” katanya ringkas, hari ini.

Terdahulu, Kini News Lab membuat
perbandingan gaji menteri besar atau ketua menteri berdasarkan KDNK per kapita dicapai sesebuah negeri.

Berdasarkan kajian tersebut, walaupun gaji Nassuruddin adalah lebih rendah daripada Sarawak, Sabah, Terengganu dan Pahang, namun KDNK yang diperoleh oleh Kelantan hanyalah berjumlah RM16,836.

Sebagai contoh, pendapatan KDNK per kapita Pulau Pinang paling tinggi (RM72, 586) di Malaysia, namun jika dibandingkan pendapatan ketua menterinya paling rendah dibayar berbanding yang lain, iaitu RM14,175.

Jumlah itu membuktikan KDNK Kelantan adalah yang paling rendah di Malaysia, berbanding negeri lain walaupun Menteri Besar mahupun Ketua Menteri di negeri lain memiliki gaji lebih tinggi daripada Perdana Menteri.

Laporan terbabit memaklumkan gaji eksekutif di Sarawak, Sabah, Terengganu dan Pahang adalah sekurang-kurangnya RM30,000 – iaitu lebih tinggi berbanding gaji Perdana Menteri, iaitu RM22,826.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James