Annuar Musa agih mi segera, biskut sambil pakai baju RM13,544

GUA MUSANG – Tindakan Ketua Operasi Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri bagi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa mengagihkan mi segera dan biskut kering ketika berkempen di sebuah perkampungan Orang Asli, dekat sini, mengundang kecaman netizen.

Ini kerana, bekas Ahli Parlimen Keterah itu dilihat memakai baju berjenama dipercayai berharga RM13,544 ketika program berkenaan.

Video itu tular di beberapa platform media sosial sejak lewat petang tadi.

Annuar sebelum ini sudah beberapa kali dilihat tampil dengan mengenakan pakaian berjenama mewah selepas dipecat daripada UMNO pada Disember 2022.

Pemecatan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO selepas mendapati pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN) itu dilaporkan begitu lantang mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, tinjauan pada komen ditinggalkan netizen pada rakaman video berkenaan mendapati ramai menyindir Annuar.

“Cantek baju tok guru… hasil titik peluh walaun kumpul duit dalam tin milo,”

Seorang lagi netizen berkata ‘dia kaya… rakyat derita… baju je dah mahal’

“Hasil menabung sejak kecil,” tulis seorang lagi netizen.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti