Azizulhasni, skuad basikal trek tiba di perkampungan Olimpik

SKUAD berbasikal trek negara tiba di Perkampungan Olimpik Paris 2024 di utara Paris yang menempatkan 14,000 atlet di kawasan seluas 52 hektar bagi memulakan kempen di temasya tersebut.

“Alhamdulillah syukur, kami sangat teruja untuk berada di sini dan tidak sabar untuk sesi latihan rasmi pertama kami.

“Lima hari lagi untuk pertandingan saya,” kata jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang.

Azizulhasni bersama Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri sebelum ini menjalani latihan di Velodrom Illes Balears, Mallorca, Sepanyol.

Pelumba berusia 36 tahun itu yang lebih dikenali ‘The Pocket Rocketman’ akan memulakan kempen acara pecut individu di Velodrom de Saint-Quentin-en-Yvelines pada 7 Ogos ini.

Selain itu, Azizulhasni yang beraksi di Olimpik bermula edisi Beijing 2008, London 2012, Rio de Janeiro 2016 dan Tokyo 2020, turut akan beraksi dalam acara keirin pada 10 Ogos ini.

Pelumba kelahiran Dungun Terengganu itu berjaya meraih gangsa dan perak, masing-masing di Rio 2016 dan Tokyo 2020 kini mengintai kilauan pingat emas sebelum mengakhiri karier sebagai pelumba.

Related Posts

City atasi Liverpool 2-1 dalam kemenangan dramatik

SEPAKAN penalti pada masa kecederaan oleh Erling Haaland menghadiahkan Manchester City kemenangan dramatik 2-1 ke atas Liverpool di Anfield, awal pagi tadi. Kemenangan itu merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arsenal kekal teraju EPL, kalahkan Sunderland 3-0

VIKTOR Gyokeres meledak dua gol selepas masuk sebagai pemain gantian ketika Arsenal mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Sunderland, sekali gus melebarkan kelebihan di puncak Liga Perdana Inggeris kepada sembilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang