Wujudkan perbankan digital lebih terangkum, akses kepada semua masyarakat

SELARAS dengan kerangka Ekonomi Madani, landskap ekonomi negara perlu lebih saksama dan mampan sekaligus memerlukan kerelaan pihak swasta dalam membantu mengurangkan kesenjangan kekayaan.

Menerusi hantaran Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pemain-pemain industri menggunakan komponen digital bagi menjadikan sistem perbankan lebih terangkum.

“Kerangka Ekonomi Madani mendambakan landskap ekonomi negara yang lebih saksama dan mampan, memerlukan kerelaan pihak swasta untuk membantu mengurangkan kesenjangan kekayaan.

“Dalam hal ini, segenap kumpulan masyarakat perlu diberi akses kepada evolusi perbankan digital ini dan tidak hanya khusus bagi golongan mahakaya,” catatnya.

Dalam hantaran sama, beliau turut berkongsi detik di Majlis Peluncuran Ibu Pejabat GXBank dan Pusat Kecemerlangan naungan pengendali bank digital tersebut.

Selain saranan kepada pemain-pemain industri, dalam ucaptama beliau turut memuji GXBank kerana menerima baik cadangannya untuk mendirikan Pusat Kecermelangan yang bertujuan untuk mencungkil bakat anak watan lantas membuktikan bahawa Malaysia mempunyai modal insan yang berkualiti.

“Secara jujur saya mengingatkan bahawa industri perbankan digital di Malaysia ini bukanlah peneroka awal di arena antarabangsa.

“Hatta, pemain-pemain industri ini perlu berkembang dengan lebih cepat untuk mengejar pesaing-pesaing di luar negara selari dengan era pasca normal,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan Kerajaan Madani akan kekal memberi sokongan untuk syarikat-syarikat di Malaysia lebih-lebih lagi kepada mereka yang menjulang wawasan ekonomi Malaysia yang terangkum.

Related Posts

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PUTRAJAYA – Pelaksanaan undang-undang antarabangsa perlu dilaksanakan secara adil dan konsisten kepada semua pihak bagi memastikan kredibilitinya terus terpelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, penguatkuasaan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

PUTRAJAYA – Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) perlu dinilai secara adil dan tidak tergesa-gesa membuat kesimpulan negatif oleh pelbagai pihak, memandangkan kerangka undang-undang tersebut masih berada dalam fasa awal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan