Azam Baki: Himpunan aman bakal dianjur, Bersih layak terajui demonstrasi

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli tidak menolak kemungkinan satu perhimpunan aman akan diadakan bagi menzahirkan bantahan mengenai penyelewangan yang berlaku dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, beberapa pihak telah menghubunginya dan menggesa supaya beliau menganjurkan satu demonstrasi awam.

Menurut beliau, satu surat akan dihantar kepada Bersih bagi mencadangkan penganjuran perhimpunan aman dalam masa terdekat.

“Saya berpendapat Bersih pihak paling sesuai memimpin perhimpunan ini dan kita akan serahkan kepada mereka untuk menentukan tarikh.

“Kami mahu memberi ruang kepada rakyat untuk menzahirkan bantahan terhadap penyelewengan yang berlaku dalam SPRM,” katanya pada sidang media khas di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, sebagai langkah awal, pihaknya akan menulis kepada semua ahli Parlimen merentas parti bagi mendapatkan persetujuan supaya Azam digantung serta-merta dan satu siasatan bebas dimulakan segera.

Menurutnya, semua Ahli Parlimen turut digesa kembali ke kawasan masing-masing bagi mengadakan sesi penerangan kepada penduduk mengenai dakwaan tersebut.

“Kami akan mendapatkan sokongan merentas parti supaya perkara ini tidak ditutup tanpa siasatan menyeluruh.

“Sebagai sebahagian daripada tekanan politik, beliau memaklumkan pihaknya akan menulis kepada pimpinan DAP dan Amanah.

“Ini supaya menggunakan pengaruh mereka dalam kerajaan menekan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar bersetuju melaksanakan tuntutan berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Rafizi memaklumkan beliau akan membuat laporan polis terhadap Azam, susulan dakwaan laporan Bloomberg Ketua Pesuruhjaya SPRM itu campur tangan dalam satu kes melibatkan senjata api.

“Saya akan membuat satu laporan polis supaya Polis Diraja Malaysia boleh menyiasat dengan sebaiknya. Tindakan-tindakan lain akan diumumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Rafizi menerusi kenyataan berharap kerajaan memberi perhatian serius terhadap tuntutan yang dikemukakan.

“Kami berharap perkara ini diberi perhatian serius oleh kerajaan terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Adalah sangat tidak berbaloi sekiranya Pakatan Harapan dihukum rakyat atas tuduhan-tuduhan yang melibatkan seorang penjawat awam seperti Tan Sri Azam Baki,” katanya.

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak