AS atasi China dalam pasaran eksport negara

AMERIKA Syarikat (AS) kini adalah pasaran eksport terbesar Malaysia mengatasi China dari segi kuantiti eksport, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“China kekal sebagai rakan dagang terbesar kita dari segi jumlah perdagangan, tetapi AS kini destinasi eksport utama Malaysia,” katanya selepas Majlis Perasmian ASEAN Unity Drive 2025 (AUD 2025), di Menara MITI, semalam.

Beliau berkata, kerajaan terus mengadakan libat urus dengan syarikat multinasional dan dewan perniagaan AS untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dua hala dan mengenal pasti bidang kerjasama baharu.

Tengku Zafrul juga menggalakkan syarikat Malaysia untuk menimbang melabur di AS, terutamanya dalam sektor berdaya maju secara komersial.

“Kerajaan akan berusaha membantu memudahkan syarikat Malaysia yang ingin berkembang ke pasaran AS.

“Walaupun tiada rancangan setakat ini untuk perjanjian perdagangan antara Malaysia atau ASEAN dan AS, kerajaan tetap terbuka menerima cadangan untuk perbincangan pada masa depan,” katanya.

Related Posts

Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

PRESTASI Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang diunjurkan berkembang sekitar 5.3 peratus bagi suku pertama 2026 menunjukkan ekonomi negara masih berada pada landasan yang memberangsangkan. Pengarah Program MBA Putra…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

PUTRAJAYA – Kerajaan memberi jaminan bekalan plastik dalam negara kekal stabil meskipun berdepan gangguan pengeluaran minyak dan gas global serta ketidaktentuan di Selat Hormuz. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

Lumut bakal jadi hab pertahanan maritim, kampus UPNM dirancang

Lumut bakal jadi hab pertahanan maritim, kampus UPNM dirancang