APM Sandakan hantar seorang calon SPM ke sekolah terjejas banjir

SANDAKAN – Seorang pelajar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas akibat banjir dihantar ke sekolah menggunakan bot oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sandakan, di sini pada pagi Selasa.

Menurut kenyataan APM Sandakan, pelajar tersebut tinggal di Kampung (Kg) Gum-Gum Batu 16 dihantar ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gum-Gum (SMK) untuk menduduki peperiksaan SPM.

“Pelajar itu dihantar ke sekolahnya kerana laluan kediamannya ditenggelami air.

“Anggota APM Sandakan menggunakan sebuah bot untuk menghantarnya,” kata kenyataan itu di sini.

Dalam pada itu, hasil pemantauan yang dilakukan di Kg Gum-Gum Batu 16, paras air dilaporkan mulai surut.

“Walau bagaimanapun, APM menasihati penduduk kampung agar tidak bermain air banjir bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, APM mengingatkan orang ramai untuk segera melaporkan sebarang kejadian kecemasan, kemalangan atau bencana di kawasan mereka dengan menghubungi talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sandakan di talian 089 672 586 untuk mendapatkan bantuan segera,” kata kenyataan tersebut.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta