Kalau benar pejuang, mengapa kamu tak buat sebelum ini, soal Anwar kepada Hamzah

DATUK Seri Anwar Ibrahim membidas sikap pembangkang yang cuba berlagak hero dalam isu subsidi harga lantai padi.

Perdana Menteri menegaskan, Kerajaan Madani yang dipimpinnya konsisten membela nasib dan mendengar keluh kesah pesawah.

“Majoriti petani faham kita dah belanja RM2.4 bilion untuk subsidi. Saya nak sebut di sini bagi gambaran seolah-olah dia (Datuk Seri Hamzah Zainudin) nak jadi hero.

“Masa dia ada kuasa dia tak buat, itu point yang saya nak bangkitkan. Nak jadi hero sekarang boleh, tapi bedanya saya dah jawab yang pertama, kita naikkan (subsidi) 2023, kita naikkan 2024 dan kita telah umumkan kenaikan akan diumumkan oleh Menteri Pertanian minggu depan.

“Itu yang telah kita umumkan, maknanya kita dengar. Majoriti petani, pesawah faham,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjelaskan pertanyaan Ketua Pembangkang yang meminta Perdana Menteri mengumumkan desakan kenaikan harga lantai seperti yang diminta mereka dalam demonstrasi di Putrajaya minggu lalu.

Anwar menegaskan, penambahan subsidi padi sebanyak RM2.4 bilion merupakan satu penambahan yang besar kalau dibandingkan dari tahun-tahun sebelumnya.

“Jadi nak sebut, ada masalah memang ada masalah. Saya akui ada masalah pesawah padi, ini yang disebut penanam padi kelompok paling miskin dan sebab itu kita tambah.

“Tapi soalnya bila nak jadikan benda ini medan seolah-olah mereka ini perjuang, itu saya pertikai, kalau benarlah kamu pejuang mengapa kamu tak buat sebelum ini.

“Masa ada kuasa kita leka, masa tak ada kuasa jerit tak buat. Saya nak sebut di sini, kita ada kuasa hari ini kita akan lakukan apa yang mampu termasuk RM1 bilion pertambahan di Kedah untuk kawasan MADA,” katanya.

Related Posts

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan buat Kementerian Pendidikan (KPM) segera melaksanakan inisiatif memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar sekolah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelewatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akta 588 (Pindaan) kuat kuasa hari ini

PINDAAN terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] berkuat kuasa hari ini, selepas diwartakan pada 7 Februari lalu. Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan, pindaan terhadap akta itu diluluskan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hamas tempelak kegagalan Israel patuhi perjanjian gencatan senjata

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Hamas tempelak kegagalan Israel patuhi perjanjian gencatan senjata

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

Lima pelanggaran utama Israel sepanjang gencatan senjata

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Lima pelanggaran utama Israel sepanjang gencatan senjata

Proton e.MAS kini di Kuching, fokus wujudkan persekitaran hijau dan mampan

Proton e.MAS kini di Kuching, fokus wujudkan persekitaran hijau dan mampan

Kanak-kanak tidak dibenar tunai haji

Kanak-kanak tidak dibenar tunai haji

ESSCOM pilih perkampungan jadi Kampung Angkat Madani

ESSCOM pilih perkampungan jadi Kampung Angkat Madani