Anyaman rotan warisan jadi peluang ekonomi

KANGAR – Seni anyaman rotan yang dahulunya sekadar menjadi warisan turun-temurun penduduk desa, kini menjadi pemangkin baharu kepada pembangunan ekonomi komuniti Kampung Sempering, dekat sini.

Melalui pelaksanaan Makmal Pembangunan dan Pengeluaran Produk Kraf Anyaman Rotan yang dijalankan secara berfasa sejak Disember tahun lalu, kemahiran lama itu dihidupkan semula dengan pendekatan moden dan tersusun.

Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Datuk ’Ainu Sham Ramli berkata, pemerkasaan seni warisan seperti anyaman rotan tidak hanya penting untuk pemuliharaan budaya, malah mampu menjadi sumber rezeki yang mampan kepada penduduk luar bandar.

“Setiap hasil tangan ini menyimpan cerita dan identiti kampung. Tugas kami ialah membantu komuniti menterjemah warisan itu menjadi produk yang bernilai dan bersedia untuk dipasarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan bersempena Majlis Penutupan Fasa 3 Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) Kampung Sempering yang berlangsung di Masjid Al-Amin, semalam.

Program tersebut dilaksanakan di bawah Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Satu PKSK) yang lebih dikenali sebagai Santuni MADANI, dengan kerjasama Kraftangan Malaysia dan komuniti tempatan.

Fasa pertama latihan pada Disember 2024 memberi tumpuan kepada kemahiran asas menghasilkan produk seperti alas pinggan, cawan dan bakul kecil, manakala fasa kedua pada April lalu melibatkan penghasilan tudung saji rotan.

Fasa ketiga yang berakhir semalam pula memberi tumpuan kepada rekaan dan inovasi produk bakul dobi rotan yang lebih moden dan sesuai dengan kehendak pasaran.

Datuk ’Ainu Sham berkata, Kraftangan Malaysia akan terus memantau kemajuan peserta agar mereka berpeluang menyertai ekspo kraf, platform digital serta menjadi usahawan kraf berdaftar di bawah agensi itu.

“Kami yakin Kampung Sempering mampu menjadi hab kraf rotan di utara tanah air jika latihan ini diteruskan secara berstruktur,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua peserta dan barisan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Sempering atas komitmen menjayakan program tersebut.

Majlis penutup turut menyaksikan demonstrasi hasil produk rotan yang dihasilkan peserta serta penyampaian sijil penyertaan kepada mereka yang menamatkan ketiga-tiga fasa latihan.

Related Posts

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil langkah pengawalan susulan isu gangguan monyet liar atau dikenali sebagai monyet gunung di Taman Rekreasi Gunung Lang, di sini, yang tular dan dilaporkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

MIRI – Seramai 500 murid daripada golongan asnaf di daerah ini menerima khabar gembira apabila terpilih menerima sumbangan dana Zakat i-Asnaf daripada Petronas Carigali Sdn Bhd. Sumbangan menerusi Badan Asy…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam