Hantaran ‘misteri’ PMX cetus spekulasi

DATUK Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian ramai apabila memuat naik poster misteri di laman Facebook miliknya, malam tadi.

Menerusi hantaran itu, Perdana Menteri memberi bayangan mengenai penghargaan khas yang akan diberikan kepada pihak yang identitinya tidak didedahkan kepada umum.

Beliau yang juga Menteri Kewangan turut mengajak orang ramai menantikan kejutan yang bakal menemui orang ramai tidak lama lagi itu.

Ahli Parlimen Tambun itu juga tidak memperincikan penjelasan lanjut, sekali gus mengundang reaksi balas yang pelbagai dalam kalangan pengikut di ruangan komen.

“Akan datang, suatu penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia. Bersama Malaysiaku,” katanya.

Hantaran itu meraih lebih 7,000 tanda suka dan hampir 3,000 komen, selain dikongsi lebih 500 pengikut selepas sejam ia dikongsikan kepada umum.

Antara andaian dibuat pada ruangan komen adalah ‘mungkin’ bantuan kewangan – dalam bentuk bantuan tunai tambahan – atau insentif rakyat; pengumuman ekonomi seperti penurunan cukai, subsidi atau inisiatif perumahan.

Namun, tanpa info lanjut, ini hanya spekulasi dan akan terjawab selepas pengumuman rasmi dibuat Anwar atau pemimpin negara yang lain.

Related Posts

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah meninggal dunia. Perkembangan itu dimaklumkan SPR menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini. . “Salam takziah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

SEBANYAK kira-kira 70 peratus produk syarikat kopi dan biskut yang terpalit kontoversi berus bulu babi berjaya dikeluarkan dari pasaran di seluruh negara setakat Isnin lalu. Perkembangan itu disahkan Bahagian Pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang