Anwar sampai sumbangan kepada mangsa kebakaran

IPOH – Sebanyak 10 unit kediaman musnah dalam kebakaran di Lorong Sungai Tapah Kampung Manjoi dekat sini, petang semalam.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya pada jam 4.49 petang dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pemeriksaan dilakukan mendapati, 10 unit kediaman itu untuk disewakan dengan enam daripadanya berpenghuni.

“Kebakaran dianggarkan 90 peratus kemusnahan dan kejadian ini tidak melibatkan mangsa.

“Anggota yang menjalankan operasi diarahkan memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) lengkap ketika membuat pemadaman,” katanya melalui satu kenyataan media.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal selepas hampir dua jam iaitu pada jam 7.02 malam dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Putih sebelum operasi ditamatkan pada jam 8.40 malam.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada setiap keluarga yang terlibat dalam kebakaran berkenaan.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun memaklumkan, sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Muhammad Kamil Abdul Munim.

“Saya difahamkan hasil laporan awal pihak bomba mendapati kebakaran berpunca daripada litar pintas.

“Mendoakan urusan mereka dipermudah dan diberi ketabahan tatkala menghadapi ujian ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16