Anwar mula lawatan rasmi ke China esok

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja ke China dari 4 hingga 7 November 2024, atas jemputan rakan sejawatnya, Li Qiang untuk menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China ketujuh (CIIE ke-7) di Shanghai.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri, Malaysia diberi penghormatan sebagai ‘Country of Honour’ di CIIE ketujuh pada tahun ini.

Anwar akan diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

“Semasa di Shanghai, Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dua hala bersama Li Qiang bagi berbincang hubungan dua hala susulan perjumpaan mereka di Putrajaya pada 19 Jun lalu serta bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama,” menurut kenyataan itu.

CIIE adalah inisiatif Kerajaan China yang menyediakan satu platform untuk negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan bagi mempromosi dan mengeksport barangan dan perkhidmatan ke China.

Wisma Putra memaklumkan semasa majlis pembukaan CIIE ketujuh, Anwar akan menyampaikan ucaptama dan merasmikan Astaka Malaysia serta Astaka Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), termasuk mengadakan perjumpaan bersama syarikat perniagaan dan mengadakan sesi meja bulat dengan kapten industri dari China.

Perdana Menteri juga akan melawat Beijing selama dua hari bermula 6 November, di mana beliau dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi Jinping.

Beliau juga akan menyampaikan syarahan terbuka bertajuk “Bridging Futures: Strengthening Malaysia-China Relations and Asean Centrality in a Shifting Global Order” di Universiti Peking dan melawat Huawei Executive Briefing Centre.

“Lawatan ini dijangka mengeratkan lagi hubungan dua hala yang kukuh sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China pada tahun ini,” kata kenyataan itu.

Sejak 2009, China adalah rakan perdagangan global Malaysia terbesar.

Pada 2023, jumlah perdagangan dengan China bernilai RM450.84 bilion (AS$98.80 bilion), menyumbang 17.1 peratus jumlah dagangan global Malaysia.

Sehingga September 2024, Malaysia mencatat jumlah perdagangan sebanyak RM355.15 bilion (AS$76.72 bilion).

Pada separuh pertama 2024, sejumlah 15 projek pembuatan dilaksanakan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1.2 bilion (AS$252.5 juta).

Related Posts

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

PEMERGIAN Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin satu kehilangan besar buat negara. Perkara itu diluahkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang berkata, Allahyarham banyak menyumbang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy