Belanjawan Sabah 2025 bukti beri keutamaan, martabat wanita – Redonah

KOTA KINABALU – Inisiatif Belanjawan Sabah 2025 membabitkan wanita yang diumumkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun antara bukti kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor memberi keutamaan sekali gus memartabatkan golongan itu.

Demikian disifatkan Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Redonah Bahanda susulan Belanjawan Sabah yang banyak memberi manfaat secara langsung kepada wanita.

“Antaranya, RM9.73 juta diperuntukkan kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) untuk perbelanjaan operasi serta pelaksanaan pelbagai program bagi membangun, memperkasa dan melahirkan pemimpin wanita yang berwibawa. 

“Jumlah ini jauh lebih besar berbanding Belanjawan 2024 iaitu sebanyak RM6.27 juta dan RM5.83 juta pada Belanjawan 2023.

“Inilah bukti besar di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat (YAB) Datuk Seri Hajiji dan Parti GRS martabat Wanita diangkat dan diutamakan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Tambah Redonah, wanita juga diberi insentif melalui Yayasan Usaha Maju (YUM) yang memperuntukkan RM11.6 juta khusus pada peniaga Industri Kecil Sederhana (IKS) wanita untuk meneruskan Program Kredit Mikro.

“Pengorbanan dan semangat kaum isteri untuk meringankan beban suami dan menyara keluarga, ramai kaum hawa ini membuka gerai-gerai jualan di tepi jalan, tepi bangunan dan pasar-pasar malam dengan menjual kuih muih, nasi lemak, goreng pisang, air balang dan lain-lain.  

“Projek perintis Program Keusahawanan Wanita Muda yang diperkenalkan melalui pemberian pinjaman mikro dengan kadar faedah yang rendah berbanding program yang lain turut diperuntukkan kepada golongan terbabit.

“Buat julung kali dalam sejarah Belanjawan Negeri Sabah ini, nasib peniaga-peniaga tepi jalan yang banyak dipelopori oleh wanita juga ini dibela dengan pemberian insentif  sebanyak RM5,000 secara ‘one-off’ kepada yang mempunyai lesen yang sah,” katanya.

Menurut Redonah, belanjawan itu secara tidak langsung turut menunjukkan kesungguhan Hajiji untuk menunaikan janji agar 30 peratus wanita terlibat dalam pembuat keputusan di peringkat tertinggi di Negeri Sabah.

Justeru, beliau berharap agar belanjawan berkenaan akan diluluskan sepenuhnya untuk memastikan negeri ini terus mencapai kemakmuran dan rakyat Sabah dapat hidup dengan sejahtera.

Related Posts

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan
  • YnomYnom
  • January 16, 2026

NABAWAN – Seorang lelaki berusia 40-an dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam sungai semasa melakukan aktiviti rafting di Kabulongou Earth, Sepulut Nabawan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nabawan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

LIMBANG – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang mengambil inisiatif memperkasa tahap kesiapsiagaan warga sekolah berasrama menerusi penganjuran Program Pendidikan dan Latihan Kesiapsiagaan Bencana, pada Selasa lalu. Program yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

PDRM jamin keselamatan PRK Kinabatangan, Lamag terkawal

  • By Fandi
  • January 16, 2026
PDRM jamin keselamatan PRK Kinabatangan, Lamag terkawal