Gangguan air berlarutan, penduduk dibantu operasi khas

Oleh: Siti Nur Asyikin Mohd Rosli

GUA MUSANG – Penduduk di kawasan Renok Baru A yang terjejas akibat gangguan bekalan air sejak empat hari lalu akhirnya menerima bantuan segera apabila bekalan air bersih dihantar menerusi operasi khas bersama Pasukan Bomba dan Penyelamat Gua Musang, pagi tadi.

Operasi penghantaran air tersebut dilaksanakan hasil inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri yang turun padang bagi meninjau sendiri keadaan penduduk serta memastikan kebajikan mereka terus terpelihara dalam situasi yang mencabar itu.

Bekalan air bersih yang disalurkan dilihat mampu membantu memenuhi keperluan asas harian penduduk, khususnya untuk tujuan minuman, memasak dan kebersihan diri sementara menunggu pemulihan bekalan air sepenuhnya oleh pihak berkaitan.

Dalam pada itu, ADUN Nenggiri turut menggesa pihak Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) agar mengambil tindakan segera dan komprehensif bagi menangani isu gangguan bekalan air tersebut supaya tidak berlarutan.

“Keutamaan ketika ini adalah memastikan penduduk tidak terputus bekalan air untuk kegunaan harian. Pada masa sama, penyelesaian jangka panjang perlu disegerakan,” katanya ketika ditemui di lokasi operasi.

Sementara itu, penduduk setempat turut menunjukkan semangat kebersamaan yang tinggi apabila bersama-sama membantu melancarkan proses agihan air sepanjang operasi dijalankan.

Keadaan itu mencerminkan kerjasama erat antara agensi kerajaan dan komuniti dalam menghadapi situasi kecemasan, sekali gus memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjaga.

Semua pihak kini berharap agar gangguan bekalan air di kawasan tersebut dapat dipulihkan dengan segera demi kesejahteraan penduduk di Renok Baru A dan kawasan sekitarnya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16