Anwar kutuk serangan tragis terhadap Ismail Haniyeh

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.

Menerusi kenyataan Anwar berkata, pembunuhan itu ternyata sangat tragis dan kejam yang jelas bertujuan untuk menggagalkan rundingan bagi mengakhiri kekejaman rejim Zionis Israel di Gaza yang telah meragut lebih dari 40,000 nyawa.

“Pembunuhan besar-besaran ini hanya boleh berlaku dimungkinkan dengan tanggapan bahawa tidak ada sesiapa yang akan dipertanggungjawabkan dan dihukum,” katanya.

Ujar beliau, hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan sahaja tidak menyedari keperluan untuk meningkatkan tekanan terhadap rejim biadab Zionis Israel bagi menghentikan serangan dan penindasan.

“Rakyat Palestin telah dihadapkan dengan malapetaka dan penderitaan selama berdekad lamanya dan saya amat bimbang tentang nasib mereka susulan pembunuhan saudara Ismail Haniyeh,” jelas Anwar.

Katanya, pihak yang mengkritik pertemuan beliau bersama Ismail Haniyeh sebelum ini disifatkan gagal menghargai keinginan mendalam bekas Perdana Menteri Palestin itu untuk sebuah Timur Tengah yang aman, pembentukan sebuah negara Palestin yang tertegak dengan maruah dan kebebasan.

“Saya berduka atas kehilangan seorang sahabat yang akrab dan tokoh pejuang sejati rakyat Palestin,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Anwar mengadakan panggilan telefon kepada Ahli Biro Politik Hamas, Dr Basem Naim untuk menyampaikan salam takziah kepada warga Palestin atas pembunuhan Ismail Haniyeh.

“Kami masih terkejut dan sangat marah kerana masyarakat antarabangsa telah gagal memperjuang serta memastikan keamanan dan keadilan tertegak,” katanya.

Related Posts

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengecam tindakan unilateral yang diambil oleh sesetengah negara, kerana ia merupakan penyalahgunaan kuasa yang angkuh dan tidak mengambil kira kepentingan negara-negara kecil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKM tegas terhadap taska tidak berdaftar, lindungi hak kanak-kanak

KOTA KINABALU – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meneruskan usaha dalam memperkasa lebih banyak taska yang berdaftar bagi melindungi hak kanak-kanak di Malaysia khususnya di Sabah. Menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment

Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment