
KOTA KINABALU – Kelibat lima ekor buaya timbul di perairan Teluk Likas mengundang reaksi kerisauan warganet melalui perkongsian video tular di pelbagai platform media sosial.
Menurut sumber suara latar rakaman berdurasi seminit 43 saat mengatakan objek terapung itu adalah penampakan imej reptilia tersebut.
Sehubungan itu, kelihatan dari ruang-ruang komen warganet ada yang mendakwa kononnya sehingga kini masih tiada tindakan dari Jabatan Hidupan Liar untuk mengawal atau menyekat kehadiran reptilia tersebut yang kerap datang di kawasan perairan sama.
Hal itu mengancam keselamatan lebih-lebih lagi kawasan perairan Teluk Likas berdekatan dengan taman rekreasi orang awam.
Malahan ada juga mengatakan kehadiran buaya di perairan kawasan itu bukan perkara baharu malah sudah lama menjadi habitat mereka.