Anwar catat sejarah, PM Malaysia pertama dalam 20 tahun terima kawalan kehormat rasmi di Moscow

PUTRAJAYA – Pertemuan dua hala antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Rusia, Vladimir Putin hari ini menjadikan detik itu sebagai satu peristiwa bersejarah dalam hubungan Malaysia-Rusia.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil berkata, siaran langsung ini akan dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), sama ada pada waktu petang atau malam waktu Malaysia.

Menurut Fahmi, Anwar merupakan Ketua Kerajaan Malaysia pertama dalam tempoh 20 tahun yang menerima Kawalan Kehormatan Utama.

“Beliau akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Vladimir Putin pada hari ini, dijangka sama ada di sebelah petang atau pun awal malam, ia akan disiarkan secara langsung nanti oleh pihak RTM.

“Ini merupakan detik yang bersejarah dan sudah pasti akan memberi peluang untuk hubungan yang lebih erat termasuk hubungan dagang antara kedua-dua negara,” katanya dalam sidang media mingguan pasca Kabinet di Putrajaya pada Rabu.

Pertemuan bersejarah itu dijadual berlangsung di Kremlin, Moscow bermula jam 1 tengah hari waktu tempatan (6 petang waktu Malaysia).

Kedua-dua pemimpin itu dijangka membincangkan pelbagai isu dua hala serta potensi kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pertanian, pendidikan, aeroangkasa, tenaga dan agrokomoditi.

Mereka turut dijangka bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Lawatan rasmi empat hari Perdana Menteri ke Rusia turut menyaksikan beliau mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya, Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin.

Anwar mengetuai delegasi Malaysia seramai lebih 70 orang dalam rangka lawatan rasmi ke Moscow dan Kazan, Tatarstan yang bermula 13 Mei hingga 16 Mei.

Related Posts

Konvensyen PH 2026 perkukuh agenda reformasi, aspirasi rakyat

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) bakal menghimpunkan pimpinan tertinggi serta perwakilan parti komponen menerusi Konvensyen Pakatan Harapan 2026 yang dijadual berlangsung pada 17 Mei ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

KEBELAKANGAN ini semakin banyak naratif politik cuba dibina untuk menggambarkan sesetengah tokoh pembangkang sebagai ‘pemimpin alternatif terbaik’ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antara yang sering diketengahkan ialah Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

ADUN Sugut tegur kenyataan ADUN Likas, gesa hormati adab Dewan

ADUN Sugut tegur kenyataan ADUN Likas, gesa hormati adab Dewan

Konvensyen PH 2026 perkukuh agenda reformasi, aspirasi rakyat

Konvensyen PH 2026 perkukuh agenda reformasi, aspirasi rakyat

Ada keperluan penyelaras KKP dilantik tangani isu kemalangan di sekolah

Ada keperluan penyelaras KKP dilantik tangani isu kemalangan di sekolah

PH Johor pertahan suara rakyat, persoal pengurusan isu MBJB Spot

PH Johor pertahan suara rakyat, persoal pengurusan isu MBJB Spot

MDNS disaran main peranan aktif sokong pembangunan Sabah – Masidi

MDNS disaran main peranan aktif sokong pembangunan Sabah – Masidi

Terengganu perlu bukti kejayaan ekonomi, bukan sekadar persepsi antarabangsa

Terengganu perlu bukti kejayaan ekonomi, bukan sekadar persepsi antarabangsa